Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Allahyarham Tempah Hampir 50 Pasang Baju Untuk..." - Rizman Ruzaini Kenang Pemergian Faziani Rohban

Asraf Aided 11/06/2019 | 10:07 MYT
Pereka fesyen duo terkenal, Rizman Ruzaini mengucapkan takziah kepada keluarga usahawan kosmetik Faziani Rohban yang telah meninggal dunia pada bulan Ramadan baru-baru ini.
Menurut Rizman Ruzaini, Faziani telah menempah hampir 50 pasang baju untuk dirinya, keluarga dan saudara mara dan sering memilih untuk menggayakan jenama itu di musim perayaan.
"Sekalung takziah kepada keluarga Kak Faziani Rohban, Allahyarham menempah hampir 50 pasang baju untuk beliau dan keluarga serta saudara mara.
"Kak Faziani juga merupakan mereka yang sentiasa menyokong Rizman Ruzaini bertahun-tahun lamanya, setiap kali raya, pasti mereka akan menggayakan rekaan kami," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan takziah kepada keluarga Faziani.

Sekalung Takziah kepada keluarga kak @faziani_rohban . Allahyarhamah menempah hampir 50 pasang baju untuk beliau dan keluarga serta saudara mara. Kak Faziani juga merupakan mereka yang sentiasa menyokong #rizmanruzaini bertahun2 lamanya. Setiap kali raya, pasti mereka akan mengayakan rekaan kami. Terima kasih.. Semoga roh akak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al- Fatihah

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

Faziani menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Mei lalu akibat mengalami kemalangan di Pattani, Thailand
#Rizman Ruzaini #Faziani Rohban
;