Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Aloh! Sungguh Ko Nih? Tapak Kaki Dinosaur Berusia 66 Juta Tahun Ditemui Di Kelantan?

Hanafis Haris 17/08/2020 | 07:25 MYT

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan penemuan kesan tapak kaki dinosaur dipercayai daripada kumpulan spesies Sauropod berusia 145 tahun hingga 66 juta tahun di Bukit Panau, Kelantan.

Penemuan fosil itu hasil daripada kajian pasukan penyelidik Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Menurut Pensyarah FSB, Arham Muchtar Achmad, aktiviti dan penyelidikan itu bermula pada Mei 2017 lagi dan telah berjaya menemukan fosil tapak serta laluan trek dinosaur dari Sbgrup Sauropod.

“Penemuan ini membuktikan bahawa satu masa dulu dijangka antara 160 hingga 66 juta tahun lepas, dinosaur pernah hidup di lokasi yang sekarang kita kenal sebagai Tanah Merah, Kelantan.

“Ini adalah salah satu penemuan dari banyak penemuan lain hasil aktiviti eksplorasi dan penyelidikan yang kami laksanakan di Kelantan,” katanya.

Jelasnya, pasukan tersebut turut menemui tujuh tapak kaki fosil spesies Sauropod berukuran purata 72 sentimeter panjang dan lebar dengan purata 66 sentimeter yang tercetak di atas Batu Pasir Kuarsa dari Formasi Panau seluas 60 meter (m) persegi.

"Fosil Sauropod itu dianggarkan berusia antara 65 hingga 160 juta tahun lepas iaitu pada kala Jura akhir sehingga Kapur awal," katanya.

Susulan daripada penemuan itu juga, pihak FSB dan UMK telah menerbitkan jurnal ilmiah bertajuk 'The Sauropod Dinosaur Trackways from Tanah Merah, Kelantan'.

Sumber: Sinar Harian

#Viral #Viral #Kelantan #Dinosaur
;