Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Along Nak Mama… Kenapa Ma…?” - Ibu Meninggal Dunia, Ramai Sebak Coretan Kak Girl

Mya Amri 19/01/2021 | 05:20 MYT
Personaliti media sosial dan pelakon, Kak Girl memaklumkan ibu kesayangannya, Rohaya Bostam telah menghembuskan nafas terakhir.
Berita duka itu disampaikan oleh Kak Girl atau nama sebenarnya, Nur Amira Maslan menerusi beberapa posting terbaharu di akaun Instagramnya.
“Al-Fatihah buat ibundaku Rohaya Hj Bostam. Mama, Along sayang mama. Along sedih mama dah takde ngan along and adik-adik. Along nak mama. Kenapa Ma?” tulisnya.

A post shared by Meera James (@kakgirlsebenar)

Dalam pada itu menerusi posting keduanya, pengikutnya menyatakan rasa sebak sebaik membaca coretan tersebut.
“Alhamdulillah ma. Allah permudahkan semua urusan dari mandikan mama buat kali terakhir, kafankan mama dan kebumikan mama. Mama meninggal dalam keadaan yang sangat tenang. umpama mama tengah tidur.
“Along syukur dapat jaga mama, dapat tengok mama sepanjang along balik JB duduk dengan mama. Mama tak kasi along duduk KL balik sebab mama kata duduk je dengan mama.
“Mama tak ada kawan. Yelah adik-adik semua ada kerjaya tetap lain yang memerlukan diorang duduk sendiri. Tak apalah along faham. Siapa lagi kan nak ada dengan mama kalau ayah sibuk ada kerja.
“Along syukur dapat gembirakan mama. Along tengok sebelum mama pergi, mama puas dapat jumpa adik-beradik mama, kawan-kawan mama.
“Mama belanja semua orang makan sempena birthday Along 9/1 hari tu. Walaupun kawan mama lagi ramai yang datag, kawan along tak ada, sampai along tanya,’mama, ni birthday siapa sebenarnya?’
“Terima kasih ma kerana menjadi ibu yang sangat penyayang, ibu yang sering mendengar cerita anak-anak.
“Ibu yang sentiasa menerima setiap kekurangan anak-anaknya. Ibu yang pemaaf dan ceria. Ibu yang banyak mengajar along, adik-beradik erti kasih sayang dan kehidupan. love you ma,” coretnya.

A post shared by Meera James (@kakgirlsebenar)

Meninjau di ruangan komen, rakan artis juga turut mengucapkan takziah kepada Kak Girl.
#Personaliti Media Sosial #Meninggal Dunia #Kak Girl #Influencer #Ibu Meninggal Dunia
;