Berita
Alvin Chong Akui Ambil Kolagen Untuk…
Pelakon Alvin Chong akui mengamalkan makanan tambahan seperti kolagen.
Alvin mendedahkan perkara tersebut di program realiti The House musim keempat (The House 4) episod tiga yang pernah ditayangkan pada tahun 2017.
“Saya makan tiga hingga empat kali sehari dan saya elak makan kulit ayam yang digoreng.
“Selain itu, saya juga ambil kolagen untuk kulit,” kata Alvin.
Alvin memberitahu perkara tersebut kepada Fattah Amin yang turut terlibat dalam The House 4 apabila ditanya mengenai diet yang diambil.
The House 4 menyaksikan gelagat serta keletah lucu yang mencuit hati dari Fattah Amin dan Alvin Chong yang disatukan selama lebih kurang seminggu dalam sebuah rumah.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini Astro Gempak akan menayangkan kembali siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah!
Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!