Laman Utama

Alyah Dah Terbiasa Kurang Masa Dengan Tok Ram Bila Tiba Musim Gegar Vaganza! - "Dah Jadi Acara Tahunan..."

Amri Hassan
28/11/2021
04:55 MYT
Sponsor Banner
Alyah Dah Terbiasa Kurang Masa Dengan Tok Ram Bila Tiba Musim Gegar Vaganza! - "Dah Jadi Acara Tahunan..."
Penyanyi Datin Alyah sudah terbiasa dengan rutin kesibukan suaminya, maestro muzik Datuk Ramli MS yang akan terbatas ruang waktunya setiap kali tiba musim Gegar Vaganza (GV).
Jelas Alyah, program realiti hiburan tahunan itu sudah menjadi sebahagian rutin dalam kehidupan rumah tangganya bersama Ramli.
Malah, Alyah turut menyokong rakan seperjuangan yang turut sama bertanding dalam program itu.
"Jujurnya tiap kali tiba ‘musim’ GV, memang rutin seharian kami jadi agak berbeza. Jarang dapat makan luar sama-sama. Iyelah, kata orang ia acara tahunan. Jadi jadual Tok Ram agak padat sebab bermula Selasa, dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya.
"Saya sedia maklum dengan situasi itu. Malah Aqil (anak saudara) yang sering isi masa bersama kami pun sudah faham. Bila ada sahaja iklan GV di kaca TV, dia akan cakap ‘uncle’ sibuk, tak boleh bawa jalan-jalan. Untuk ubati rasa rindu, mereka akan ‘video call’.
"Tapi saya percaya bukan Tok Ram saja yang sibuk, artis bertanding dan produksi pun turut sama beri komitmen yang tinggi. Masing-masing cari rezeki," katanya.
Alyah ditemui pada majlis memeterai perjanjian antaranya dan Kamya Glow di Kamya Glow di Bukit Jelutong, Selangor, pada Jumaat.
Sesi tersebut dilihat sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan Datin Alyah bersama Kamya Glow di dalam bidang kecantikan dan kesihatan.
Bintang asal Johor ini juga percaya semua orang sukakan kecantikan. Oleh itu, kandungan ekstrak dan organik yang baik menerusi Kamya Glow serta kolagen marin di dalamnya dapat membantu menyelesaikan masalah kulit kusam, jeragat, jerawat, parut hitam dan sebagainya.
Sementara itu, majlis sama turut melancarkan kempen ‘Mencari Wajah Kamya’ yang mana 30 pengguna baik lelaki atau wanita akan dipilih untuk menggunakan produk Kamya Glow selama sebulan secara percuma.
Lalu, 10 pengguna bertuah akan memenangi hadiah berbentuk emas (gold bar), voucher membeli-belah dan hadiah utama berupa percutian ke Langkawi.
Informasi lanjut mengenainya boleh diikuti menerusi laman Instagram dan website rasmi mereka.
Alyah bersama pihak Kamya Glow turut membuka peluang kepada mana-mana pengguna untuk mengambil peluang meningkatkan pendapatan menerusi program ‘dropship’ dan ejen yang sedia ada.
Lebih menarik, pihaknya juga bakal mengadakan promosi jualan akhir tahun pada Disember ini bersama pelbagai kejutan yang menanti pembeli.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar