Hiburan

Amal Tak Sangka Dirinya Dipanggil Klon Sudirman

Ahmad Shah
17/10/2016
09:40 MYT
Sponsor Banner
Amal Tak Sangka Dirinya Dipanggil Klon Sudirman
Memiliki suara yang unik ketika menyanyi membuatkan naib juara AF2016, Amal dikatakan mempunyai persamaan dengan penghibur disegani, Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.
Amal atau nama sebenarnya Mohamad Ammal Shafiq Osman berkata dia terkejut dan tidak menyangka ada pihak yang menyamakan dirinya dengan idola kesayangannya.
Malah tidak pernah terlintas langsung difikiran pemuda berusia 21 tahun itu untuk mendapat pujian yang sebegitu tinggi terhadap dirinya.
“Kalau nak cakap saya macam ala-ala Allahyarham Sudirman tu memang masih jauh, tapi betul beliau adalah idola dan sumber inspirasi saya untuk berada dalam bidang seni.
“Di Malaysia, saya memang sangat meminati Allahyarham Sudirman sebab bagi saya beliau sangat hebat dan tiada tandingannya.
“Beliau juga berjaya memenangi hati rakyat Malaysia dengan lagu-lagunya, bukan hanya Melayu malah pelbagai bangsa. Beliau merupakan penghibur serba boleh.
“Salah satu impian saya adalah ingin menjadi penghibur serba boleh sepertinya dan saya juga sering membuat rujukan dengan mendengar lagu-lagu dendangannya.
“Kalau diluar negara, saya amat suka dengan Michael Jackson, Maroon 5 dan Muse,” katanya kepada Astro Gempak.
Sementara itu, bercerita mengenai program realiti itu, Amal memdedahkan sebelum ini dia pernah mencuba menghadiri ujibakat AF2013 namun tidak terpilih.
“Saya pernah cuba nasib di sesi ujibakat AF2013 tapi tak terpilih, waktu itu saya positif saja sebab saya tahu yang datang pun semuanya berbakat.
“Apa yang saya lakukan ialah tingkatkan usaha dan perbaiki kelemahan dan kembali hadiri ujibakat AF untuk tahun ini. Jangan putus asa.
“Alhamdulillah rezeki berpihak pada saya dan saya bersyukur bila nama diumumkan sebagai naib juara AF2016,” ujarnya.
Teks Oleh: Mya Amri
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar