Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Amalan Wajib Buat Pesakit Diabetis Kronik

Ahmad Shah 08/04/2016 | 07:58 MYT

Hari Kesihatan Sedunia 2016 memfokuskan tentang isu Diabetis yang bilangan pesakitnya semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), menjangkakan pada tahun 2030, Malaysia akan mempunyai hampir 2.8 juta penduduk dengan masalah Diabetes.

Untuk mengelakkan kadar pesakit Diabetis di Malaysia semakin meningkat, Pakar Pemakanan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sakinah Harith berkongsi 5 tip dan amalan yang wajib dilakukan oleh pesakit Diabetis kronik.

1. Makan Secara Teratur & Seimbang

Pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil makanan 3 kali sehari iaitu makan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Secara ringkasnya, ia terdiri daripada:

· cawan nasi atau makanan lain dalam kumpulan karbohidrat kompleks.

· Satu ketul ayam atau satu ekor ikan yang sederhana atau makanan lain dalam kumpulan protein.

· Satu cawan sayur yang belum dimasak atau ½ cawan sayur yang sudah dimasak.

· 1 potong buah.

2. Makanan yang bebas dimakan oleh pesakit diabetes

· Air kosong, kopi, teh, jus limau nipis, barli (semua di atas: tidak ditambah gula)

· Perisa dan perencah semulajadi seperti bawang merah, bawang putih, cili, cuka, rempah ratus, biji sawi, lada

· Sayur-sayuran berdaun hijau atau putih seperti sawi, bayam, kobis, ulam-ulaman tempatan seperti pucuk paku, pucuk ubi, daun selom, kacang botor dan lain-lain.

3. Makanan yang perlu dikawal, dielakkan atau dihadkan:

· Karbohidrat kompleks/ kanji perlu dikawal kuantiti seperti nasi, mee, meehoon dan roti.

· Karbohidrat/gula ringkas perlu dielakkan/ dihadkan seperti gula pasir, coklat, gula-gula, ais krim dan minuman berkarbonat.

4. Amalkan Pemanis Tiruan atau Gula Alternatif:

· Pemanis tiruan yang menggunakan aspartame di pasaran Malaysia ialah `Equal’ dan `Nutrasweet’ yang mampu mengawal diabetis pesakit.

· Gula alternatif daripada tumbuhan (stevia rebaudiana Berton) seperti `stevia’ yang terdapat di pasaran Malaysia. Ia semakin popular dalam kalangan pesakit diabetis.

5. Panduan Semasa Sakit:

· Sekiranya mengalami kesukaran untuk makan makanan pejal, pastikan pengambilan makanan mencukupi tenaga & nutrien: nestum, bubur nasi, puri kentang atau jus buah.

· Elakkan dehidrasi dengan memastikan pengambilan air adalah mencukupi (2 liter sehari)

· Contoh produk makanan sokongan (susu formula) yang boleh diambil sekiranya tiada selera makan semasa sakit: Glucerna SR, Nutren Diabetic atau Nutren Fiber.

#Suudu
;