Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Amalkan Minum Air Kencing Lembu, Akshay Kumar Tetap Positif COVID 19

Maliah Surip 04/04/2021 | 12:20 MYT
Seorang lagi bintang Bollywood menjadi mangsa terkini virus COVID 19. Bintang tersebut adalah aktor Akshay Kumar.
Akshay mengumumkan dirinya telah disahkan positif COVID 19 hari ini melalui cuitan di Twitter.
"Saya mahu memberitahu semua. Awal pagi ini saya telah disahkan positif COVID 19. Untuk sesiapa yang menjadi kontak rapat saya, tolong ambil test dan jaga diri," cuit Akshay.
Dalam cuitan yang sama, aktor berusia 53 tahun itu mengatakan dirinya sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
"Saat ini saya sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah dan mengikut segala protokol," tambahnya lagi.
Dengan semangat, Akshay yang pada masa kini diketahui sedang sibuk dengan penggambaran filem Ram Setu itu mengatakan dia akan pulih dan kembali segera.
"Back in action very soon," tulisnya pada akhir cuitan.
Ironi, tahun lalu media antarabangsa sempat melaporkan Akshay mengaku dirinya meminum air kencing lembu untuk mencegah dirinya daripada dijangkiti bermacam penyakit termasuk COVID 19.
Meminum air kencing lembu adalah amalan umat Hindu yang yakin ia memiliki manfaat tersendiri dari segi perubatan.
Antara barisan bintang Bollywood yang terlebih dahulu dijangkiti COVID 19 termasuklah Amitabh Bachchan, Salman Khan, Sanjay Dutt, Malaika Arora dan Alia Bhatt.
Sekadar informasi, India kini mencapai hampir 12,5 juta kes COVID 19 sejak virus ini menyerang dunia sekitar satu tahun lalu.
Instagram & Twitter: @akshaykumar
;