Laman Utama

Amalkan Pengambilan Herba & Berpuasa, Annamah, 110 tahun Pegang Rekod Wanita Tertua Di Malaysia

Azwa Rahman
01/04/2021
14:31 MYT
Sponsor Banner
Amalkan Pengambilan Herba & Berpuasa, Annamah, 110 tahun Pegang Rekod Wanita Tertua Di Malaysia
Seorang wanita berpangkat nenek berusia 110 tahun dari Seberang Perai, Pulau Pinang diumumkan sebagai wanita tertua di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR).
Wanita terbabit, A. Annamah masih mempunyai daya ingatan yang tinggi namun tahap pendengaran serta penglihatannya semakin berkurangan.
Memetik laporan Kosmo Online, anak lelaki kepada wanita terbabit, M. Subramanian, 73, ibunya yang bergelar seorang bidan masih boleh mengecam mereka yang pernah mendapatkan khidmatnya sebelum ini.
“Walaupun ibu saya telah berusia lebih 100 tahun, ingatannya masih kuat dan dia juga boleh mengecam sesetengah wanita yang pernah mendapatkan khidmatnya semasa menjadi bidan sebelum ini.”
“Lima atau enam tahun lepas dia masih boleh berjalan sendiri untuk ke mana-mana, boleh cuci kain sendiri dan sebagainya.
“Tapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia lebih banyak duduk di atas kerusi roda sahaja,” kata Subramanian kepada Kosmo.
Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong turut hadir meraikan sambutan ulang tahun ke-110 wanita itu di Butterworth.
Wong turut menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Annamah kerana mempertahankan rekodnya sebagai wanita tertua di Malaysia sejak tahun lepas.
Tambah Subramanian, ibunya sering mengamalkan pengambilan herba di samping kerap berpuasa sejak usia mudanya.
“Dulu, seminggu sekali ibu akan puasa terutamanya hari Isnin. Dia juga tidak pernah duduk diam semasa kami tinggal di estet dulu.
“Balik kerja dia akan pergi tanam sayur, bela ayam dan sebagainya,” kata Subramanian.
Selain mempunyai lima orang anak dengan dua daripadanya masih hidup termasuk Subramanian, Annamah juga merupakan nenek kepada 17 orang cucu serta moyang kepada tujuh orang cicit.
Sumber: Kosmo OnlineSeorang wanita berpangkat nenek berusia 110 tahun dari Seberang Perai, Pulau Pinang diumumkan sebagai wanita tertua di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR).
Wanita terbabit, A. Annamah masih mempunyai daya ingatan yang tinggi namun tahap pendengaran serta penglihatannya semakin berkurangan.
Memetik laporan Kosmo Online, anak lelaki kepada wanita terbabit, M. Subramanian, 73, ibunya yang bergelar seorang bidan masih boleh mengecam mereka yang pernah mendapatkan khidmatnya sebelum ini.
“Walaupun ibu saya telah berusia lebih 100 tahun, ingatannya masih kuat dan dia juga boleh mengecam sesetengah wanita yang pernah mendapatkan khidmatnya semasa menjadi bidan sebelum ini.”
“Lima atau enam tahun lepas dia masih boleh berjalan sendiri untuk ke mana-mana, boleh cuci kain sendiri dan sebagainya.
“Tapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia lebih banyak duduk di atas kerusi roda sahaja,” kata Subramanian kepada Kosmo.
Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong turut hadir meraikan sambutan ulang tahun ke-110 wanita itu di Butterworth.
Wong turut menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Annamah kerana mempertahankan rekodnya sebagai wanita tertua di Malaysia sejak tahun lepas.
Tambah Subramanian, ibunya sering mengamalkan pengambilan herba di samping kerap berpuasa sejak usia mudanya.
“Dulu, seminggu sekali ibu akan puasa terutamanya hari Isnin. Dia juga tidak pernah duduk diam semasa kami tinggal di estet dulu.
“Balik kerja dia akan pergi tanam sayur, bela ayam dan sebagainya,” kata Subramanian.
Selain mempunyai lima orang anak dengan dua daripadanya masih hidup termasuk Subramanian, Annamah juga merupakan nenek kepada 17 orang cucu serta moyang kepada tujuh orang cicit.
Sumber: Kosmo Online
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar