Laman Utama
Ambil Masa 7 Bulan Untuk Nikah, Fadlan Hazim Sedih Tiada Wakil Keluarga Isteri Dari Kazakhtan Yang Hadir
Aktor Fadlan Hazim bersyukur dan gembira kerana selepas tujuh bulan meracang untuk mengahwini wanita pilihannya yang berasal dari Kazakhtan, Aiya Mukhamedsalova, 29, akhirnya mereka disatukan dengan ikatan yang sah.
Namun tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila tiada seorang pun keluarga dari pihak isterinya dapat hadir ke hari bersejarah mereka.
"Alhamdulillah, selepas dua tahun perkenalan dan tujuh bulan merancang untuk berkahwin, akhirnya kami disatukan dengan ikatan yang sah.
“Saya juga bersyukur perkahwinan kami direstui keluarga Aiya walaupun mereka tidak dapat hadir hari ini. Keluarga mentua saya gembira kerana semuanya berjalan lancar.
“Memang sedih mereka tidak dapat datang tapi perkara wajib ini harus juga diteruskan dan saya bersyukur bila ia berjalan lancer.
“Namun mereka sempat membuat panggilan video dengan mengucapkan tahniah kepada kami kerana telah selamat disatukan.
"Mereka akan datang pada Oktober depan ketika majlis resepsi kami. Lagi pula, saya pun tidak bercuti lama dan akan kembali semula ke lokasi penggambaran drama yang dilakonkan bersama Ayda Jebat," katanya.
Fadlan dan isteri ditemui selepas majlis pernikahannya yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Ahad tadi.
Aktor berbadan sasa itu disahkan bergelar suami dengan sekali lafaz serta menyerahklan sebentuk cincin emas sebagai mas kahwin.
Sementara itu, Aiya yang juga seorang jurutera computer, ditanya apakah keistimewaan Fadlan, dia memberitahu suaminya itu seorang yang baik dan terbaik buat dirinya.
"Dia lelaki terbaik buat saya. Saya terpikat padanya kerana dia lelaki yang baik.
"Saya tiada masalah dengan kerjaya dia dan tahu tuntutan kerjanya sebagai pelakon. Saya juga sedia menemani dia ke majlis hiburan yang perlu dihadirinya dan menyokongnya,” katanya ringkas.
Pasangan ini belum merancang lokasi berbulan madu tetapi bakal ke negara asal wanita itu untuk isi masa bersama.
Sementara itu, pasangan ini juga tiada merancang untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat kerana mahu memberi ruang untuk mereka berdua dalam masa setahun perkahwinan.
Terdahulu, pelakon filem Sangkar itu, mendedahkan sebelum mengikat tali pertunangan, dia diuji dengan bermacam-macam perkara termasuk ujian ‘kelakian’ aneh demi membuktikan dirinya cocok untuk bersama dengan wanita terbabit.