Gaya Hidup
"Amboi, Muncung Sampai Macam Tu Sekali" - Wajah Excited Adibah Noor Bergambar Dengan Tun Dr Siti Hasmah Buat Netizen Terhibur
Pada Rabu lalu, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyambut hari kelahirannya yang ke-94.
Hari ini tiba pula giliran isterinya, Tun Dr Siti Hasmah menyambut hari jadinya yang jatuh pada tarikh 12 Julai (hari ini).
Turut meraikan sambutan terbabit adalah penyanyi, Adibah Noor yang telah memuat naik beberapa keping gambar dirinya bersama Tun Dr Siti Hasmah.
Momen manis itu dimuat naik menerusi akaun Twitternya beberapa jam yang lalu.
“Saya tanya Tun Dr Siti Hasmah sama ada boleh bergambar atau tidak.
"Beliau kemudian jawab yang dia boleh bagi lebih daripada itu dan terus peluk saya," katanya.
Dalam pada itu, Adibah turut mengucapkan selamat hari jadi kepada isteri pemimpin kesayangan ramai itu.
"Happy Birthday Tun Dr. Siti Hasmah, semoga Allah melimpahkan kasih sayang, kesihatan dan kebahagian berpanjangan," katanya pada laman Twiiternya.
Gelagat Adibah bersama Tun Dr Siti Hasmah itu turut mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan keterujaan penyanyi berkenaan.
Anda boleh lihat komen mereka di bawah:
i asked if i could take a photo with her.she said, "i'll give you more than that", and hugged me.happy birthday YABhg Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali,.. may Allah shower you with an abundance of love, health and happiness. pic.twitter.com/wG2jikfhb9— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) July 12, 2019
Untuk rekod, Gempak telah pun menghasilkan video remake khas lagu popular berjudul Standing In The Eyes of The World sebagai penghargaan buat Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah.Amboih kak...moncong smpi mcm tu skali.hihi— Rafa Beronitez (@rafaberonitez) July 12, 2019
Lagu berkenaan dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, ratu rock negara, Ella bersama komposer, Datuk Wah Idris serta penyanyi cilik, Kashika, Umairah, El, Yoyo dan Adinda.
Must-Watch Video