Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Amelia Henderson Tetap Dengan Prinsip Diri Jika Masuk Miss Universe - "Kalau Pakai Bikini, Saya...."

Shahrin Zulkifle 01/04/2023 | 15:00 MYT

Sebelum ini pelakon dan pengacara, Amelia Henderson mengakui sudah bersedia sekiranya diberi peluang untuk mewakili negara dalam pertandingan ratu cantik, Miss Universe.

BACA: Sahut Cabaran Peminat, Amelia Henderson Yakin & Bersedia Wakili Malaysia Ke Miss Universe - “Memang Impian Saya Sejak Kecil Tapi…”

Bagaimana pun, kata Amelia, 27, ada satu prinsip dipegang yang mana dirinya tidak akan memakai bikini seperti kebiasaaan peserta yang memasuki pertandingan berkenaan.

“Kalau saya sendiri berjalan pakai bikini di atas pentas, memang saya tidak akan selasa. Saya tidak boleh berbuat demikian.

“Saya kalau mahu mewakili Malaysia sudah pasti dalam keadaan yang paling menghormati negara saya. Malah menghormati juga diri saya, itu apa yang saya inginkan. Jaga nama baik negara dan diri.

“Jika sekali pun kena pakai bikini, saya akan cari kain atau selendang untuk tutup bahagian badan saya,” kongsinya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Amelia berkata dengan beberapa perubahan yang berlaku dalam organisasi Miss Universe, hal itu memberi kelonggaran dan peluang untuk dia sentiasa berpegang dengan pendiriannya.

“Sejak kebelakangan ini, Miss Universe sudah berubah tangan yang menguruskan dan ada beberapa kelonggaran.

“Kalau saya masuk tahun-tahun dahulu belum tentu ada kelonggaran untuk saya berpegang teguh dengan pendirian saya.

“Pertandingan ini bukan untuk tunjuk badan, tetapi tentang pendirian dan pegangan yang dibawa,” tambahnya.

Terdahulu, Amelia menerusi satu ciapan di laman Twitter, berseloroh dengan menyatakan dia ingin menyertai pertandingan tersebut sehingga tweet berkenaan menjadi tular dan mendapat perhatian umum.

#Viral #Ratu Cantik #Miss Universe #Amelia Henderson
;