Hiburan

Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

Mya Amri
08/08/2024
01:25 MYT
Sponsor Banner
Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi -  “Dah Anggap Macam Adik"
Pelakon filem Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf menafikan dakwaan bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.

Sahabat baik, dah anggap seperti adik

Sebaliknya kata Amir, Angel merupakan sahabat baiknya dan sudah menganggap wanita berusia 23 tahun hanya sebagai adik.

“Kami hanya sahabat baik, boleh dikatakan seperti bestie sebab Angel ni saya dah anggap macam adik.

“Kami rapat sejak awal tahun lalu, kenal semasa acara Celebfest di Singapura. Kami tak pernah keluar lepak pun.
“Dolla ini sangat eksklusif jadi mereka tidak keluar secara public sangat,” katanya.
Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis Wrap Party Kahar Kapla High Council bertempat di Six In The City, Petaling Jaya pada Rabu.

Mohon maaf pada Angel

Dalam pada itu, Amir juga memohon maaf kepada Angel andai kehadirannya memberi sokongan menyaksikan konsert Dolla di Zepp KL, hujung minggu lalu telah mencetuskan pelbagai spekulasi.
“Sebenarnya saya terkejut, bangun pagi tengok satu artikel sudah keluar. Saya hadir beri sokongan pada Angel sebab saya memang minat Dolla sejak lagu pertama mereka lagi, Dolla Make You Wanna.
“Masa debut pertama mereka itu pun saya berasa bangga sebab sudah ada girl group yang mempunyai potensi melebarkan sayap untuk pasaran antarabangsa.
“Jadi bila ada peluang, saya akan memberikan sokongan pada mereka, kalau bukan kita siapa lagi kan.

“Perkara pertama yang terlintas difikiran semasa isu itu keluar adalah kesian dekat Angel kerana dia kena menjawab mengenai perkara tersebut.

“Saya mohon maaf kalau kehadiran saya di konsert itu telah mengemparkan dunia hiburan. Tak adalah, saya dengan Angle hanya kawan sahaja,” jelasnya.

Tak tolak jika ada tawaran untuk muncul dalam muzik video Dolla

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia terbuka untuk bekerjasama dengan Dolla, Amir berkata dia berbesar hati sekiranya ada tawaran.

“Sekiranya diberi peluang untuk muncul dalam muzik video mereka, saya rasa sangat berbesar hati untuk menjadi salah seorang talent.

“Saya boleh katakan itu adalah salah satu pencapaian besar saya sekiranya ada, terima kasih,” jawabnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hadir Ke Konsert Dolla, Angel Nafi Jalin Hubungan Dengan Amir Ahnaf - “Dia Kawan Saya”

ARTIKEL BERKAITAN:Diserang Peminat Wanita, Angel Dolla Perjelas Mengenai Hubungan Dengan Nadhir Nasar - “Kami Kenal Sejak Berjumpa Di…”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Saling Berbalas Emoji Di Laman Sosial, Peminat ‘Ship’ Nadhir Nasar Dengan Angel Dolla - “Tiap Kali Aku Tengok…”

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Mahu Jadi Kahar Tapi Amir Ahnaf Bagi Amaran!

ARTIKEL BERKAITAN:“MasyaAllah Suara Kapla Merdu Weh” - Terpegun Dengar Bacaan Al-Quran, Ramai Nak Jadikan Amir Ahnaf Suami

Terdahulu, kehadiran Amir ke konsert sulung kumpulan penyanyi wanita terkenal itu iaitu , Dolla Re:Birth The Experience di Zepp KL, Sabtu lalu menjadi perhatian netizen sehingga mencetuskan spekulasi mengenai hubungannya dengan Angel.
Bagaimanapun Amir tidak hadir berseorang sebaliknya bersama pelakon, Hazeeq Dean.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar