Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Amitabh Bachchan Cedera Lakonkan Babak Aksi: “Sakit & Saya Sukar Bernafas”

Maliah Surip 07/03/2023 | 13:50 MYT

Pesohor Bollywood, Amitabh Bachchan menyampaikan khabar kurang enak mengenai perkembangan terkini dirinya.

Bachchan yang diketahui sibuk di set penggambaran filem terbaharunya, Project K memaklumkan sedang berehat selepas mengalami kecederaan sewaktu proses penggambaran berlangsung.
Berita itu dimaklumkan bintang berusia 80 tahun tersebut menerusi tulisan dalam blog miliknya, baru-baru ini, lapor indianexpress.com.
Aktor itu mengatakan telah mengalami kecederaan pada bahagian rusuk sewaktu melakukan babak aksi di lokasi penggambaran di Hyderabad, India.
“Sewaktu melakukan babak aksi untuk filem Project K, saya telah mengalami kecederaan.
“Tulang rusuk patah dan mengalami otot koyak. Penggambaran dibatalkan,” tulisnya.
Beliau kemudian menyatakan telah bertemu doktor dan menjalani ujian CT di Hospital AIG yang terletak di Hyderabad.
“Kini saya telah pulang ke rumah (Mumbai) dan dinasihat untuk berehat,” katanya.
Bachchan turut memberitahu keadaan terkininya dan meminta peminat tidak bimbang.
“Ia sakit, sama ada untuk bergerak dan bernafas,” katanya lagi.
Filem Project K turut dibintangi Deepika Padukone dan Prabhas sebagai watak utama.

#Bollywood #Cedera #Amitabh Bachchan #Project K
;