Laman Utama

Amitabh Bachchan Ganti Rishi Kapoor Bintangi The Intern Versi Bollywood

Maliah Surip
06/04/2021
03:20 MYT
Sponsor Banner
Amitabh Bachchan Ganti Rishi Kapoor Bintangi The Intern Versi Bollywood
Filem terkenal Hollywood, The Intern yang pernah diwar warkan akan dibikin dalam versi Bollywood (remake) akhirnya akan terlaksana.
Pesohor Amitabh Bachchan dinamakan sebagai bintang utama yang akan memainkan karakter Robert De Niro, yang sebelumnya patut dimainkan oleh Rishi Kapoor sebelum dia meninggal dunia pada April 2020.
Menerusi laporan Deadline, filem Warner Bros yang ditayangkan pada tahun 2015 itu juga akan menjadikan Deepika Padukone sebagai watak yang dimainkan oleh Anne Hathaway.
Deepika malah dengan penuh teruja mengumumkan Amitabh Bachchan di dalam filem tersebut melalui akaun Instagramnya.
"Sebuah penghargaan yang mengujakan untuk saya apabila diberi peluang berkolaborasi dengan aktor paling istimewa ini lagi! Welcoming @amitabhbachchan to the Indian adaptation of #TheIntern," tulisnya.
Menerusi versi Bollywood, The Intern akan menjalani penggambaran sekitar November 2021 dan dijangka tayang pada tahun 2022.
The Intern yang sebelumnya menjadi salah satu filem pecah panggung dengan kutipan melebihi RM800 juta di seluruh dunia ini akan diarahkan oleh Amit Ravindernath Sharma dengan Sunir Kheterpal dan Deepika Padukone selaku penerbit.
Filem dengan genre drama komedi yang disutradarai, ditulis, dan diproduksi oleh Nancy Meyers ini mengisahkan tentang seorang duda berusia 70 tahun yang sudah pencen bernama Ben Whittaker (Robert Deniro).
Oleh kerana bosan menganggur, dia mencuba peluang pekerjaan di sebuah online shop bernama About the Fit dan diterima.
Kredit Foto: Deadline, India Today
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar