Berita

Ammar Harap Boleh Kembali Mengacara Semula

Syafiqah Jalal
05/06/2018
08:54 MYT
Sponsor Banner
Ammar Harap Boleh Kembali Mengacara Semula
Pengacara Ammar masih berharap akan kembali muncul di kaca televisyen selepas mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan nama mendiang bapa pelari pecut negara, Watson Nyambek dalam sebuah rancangan tahun lalu.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadi miliknya, Ammar yang menyambut ulangtahun kelahiranya hari ini menyatakan harapannya itu.
Ammar juga berharap dia bukan sahaja boleh kembali mengacara, malah mahu memilki program TV sendiri serta berlakon.
Selain itu, Ammar yang memuat naik fotonya bersama anaknya itu memberitahu hadiah paling bermakna adalah keluarganya yang selama ni bersama menyokongnya.
Berikut merupakan kapsyen yang ditulis Ammar:
Sebelum pukul 12 tengah malam bagi chance lah rasa detik detik akhir 31 tahun ni. Ada kawan kawan tanya apa hadiah kau nak, aku jawab dalam hati je. Alhamdulillah aku dah ada hadiah dunia akhirat aku, nina and aisyah. Hadiah paling penting sekali adalah doa paling power dalam dunia, doa parents aku. And aku harap one day, mana tau dimurahkan rezeki boleh buat program TV semula, boleh mengacara semula, boleh berlakon semula, dengan keizinan Allah, InsyaAllah. Amin. Terima kasih kepada semua yang wish hari lahir saya, semoga korang semua baik baik belaka dan semuanya baik untuk korang and family semua! Kita jumpa tahun depan. * tengah lap air mata *
Penyampai radio itu di dakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan sengaja pelari pecut negara, Watson Nyambek.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar