Laman Utama

Anak Benjol Di Kepala, Shahida Menyakat Takut Hilang Ingatan!

Asraf Aided
05/03/2021
05:11 MYT
Sponsor Banner
Anak Benjol Di Kepala, Shahida Menyakat Takut Hilang Ingatan!
Isteri Usahawan Kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida berkongsi video anaknya, Baem mengalami benjol di bahagian dahi.
Menurut Shahida, dia sengaja mengusik Baem yang lasak dan aktif itu mengatakan dia mungkin akan hilang ingatan.
Dalam video tersebut, Baem menangis dan kelihatan sangat risau jika dia betul-betul akan hilang ingatan selepas mengalami benjolan di dahi itu.
"Baim ingat tak ni siapa ni?" tanya Shahida.
"Ingat mama, ini mama," jawab Baem.
"Kena bertenang, kalau Baem menangis-nangis lagi nanti hilang ingatan," kata Shahida lagi yang menyakat anaknya itu.
Sementara di ruangan kapsyen, Shahida mengatakan Baem lasak tetapi kuat menangis.
"Benjol! Baem si lasak tapi kuat menangis! Lasak sangat tak reti diam, saya tipukan aja nanti dia hilang ingatan sebab benjol dia besar.
"Kemain tangisan keinsafan dia, tak tahu nak kesian ke nak ketawa," tulisnya.
Menjengah ruangan komen entri tersebut, rata-rata pengikut Shahida berasa kasihan terhadap Baem, tetapi pada masa yang sama, terhibur dengan gelagat Shahida.
Kredit Foto : Instagram Datin Seri Shahida
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar