Hollywood
Anak Chester Bennington Rasa Dikhianati Emily Armstorng Jadi Vokalis Baharu Linkin Park
Linkin Park baru mengumumkan mereka kini bergerak dengan vokalis baharu selepas kematian vokalis utama, Chester Bennington pada 2017.
BERITA TRENDING: Linkin Park Kembali, Perkenal Penyanyi Wanita Baharu
Band yang terdiri daripada Rob Bourdon, Brad Delson, Mike Shinoda, Dave Farrell, dan Joe Hah itu bersetuju menggunakan khidmat vokalis wanita meneruskan perjuangan mereka.
Lalu Emily Armstrong dipilih sebagai vokalis baharu Linkin Park.
Dan pemilihan tersebut nyata tidak direstui oleh anak lelaki Bennington, Jamie. Dia meluahkan rasa dikhianati dan tidak puas hati terhadap pemilihan Armstrong menggantikan mendiang bapanya di Instagram Story, lapor The Mirror.
“Adakah anda tahu Mike Shinoda cuba memadam dan menghapuskan legasi bapa saya? Mereka telah mengkhianati kepercayaan semua peminat,” tulisnya.
Jamie juga mengutuk tindakan Linkin Park mengambil Armstrong sebagai vokalis kerana mendakwa dia telah menyokong sahabatnya yang melakukan jenayah seksual terhadap beberapa wanita sebelum ini.
Bagaimanapun ramai dalam kalangan peminat Linkin Park menyifatkan posisi Chester Bennington tidak akan pernah terganti namun percaya pemilihan Armstrong sebagai satu tindakan baik untuk band legenda itu kembali aktif.