Berita

Anak Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Amyza Aznan Mohon Doa - “Paru-Paru Sebelah Kanan Dah Collapse”

Asyraf Roslan
15/02/2025
15:20 MYT
Sponsor Banner
Anak Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Amyza Aznan Mohon Doa - “Paru-Paru Sebelah Kanan Dah Collapse”

Pelakon, Amyza Aznan memaklumkan anak sulungnya, Andre Mikhail telah menghidap kanser paru-paru tahap 3.

Menerusi perkongsian di Instagram, aktres Andai Tiada Dia itu berkata, air daripada paru-paru anaknya itu telah memasuki ke bahagian jantung.
“Assalamualaikum, saya tak tahu ayat apa yang harus saya mulakan, anak saya setelah hampir tiga minggu. Sekarang ini anak saya didiagnos kanser paru-paru tahap tiga.
“Air dari paru-paru dah masuk ke jantung dan paru-paru sebelah kanan dah collapse,” ujarnya.
Meskipun sedang melalui dugaan yang berat, Amyza memaklumkan bahawa putera sulungnya itu sangat tenang dan kuat menerima dugaan yang dihadapi walaupun perlu mendapatkan rawatan serta mengikuti prosedur kesihatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Ketika ditolak ke ICU untuk prosedur, dia sangat tenang, mata tenang dan jururawat pun cakap dia sangat kuat. Allah,” tambahnya.

Amyza juga memohon doa daripada orang ramai agar anaknya diberikan kesembuhan.

Terdahulu, Anak kepada pelakon, Amyza Aznan, Andre Mikhail,19, dikejarkan ke hospital selepas didapati mempunyai bendalir di dalam paru-parunya.

Jelas pelakon berusia 50 tahun itu, pada mulanya mereka tidak mengesyaki apa-apa yang serius kerana anak sulungnya itu merupakan seorang yang aktif bersukan.

Tahap kesihatannya kelihatan lebih serius sehingga sukar bernafas mereka sekeluarga membuat keputusan untuk membuat ujian sinar x.

Amyza turut memaklumkan bahawa doktor juga mengesyaki bahawa bendalir yang adalah dalam paru-paru itu adalah nanah dan hati Andre juga sudah terkena jangkitan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024