Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Anak Diserang Sawan, Ain Edruce Kongsi Keadaan Terkini Soraya - "Suhu Badan Dah Turun, Doktor ..."

Umirah Halim 09/01/2024 | 07:30 MYT
Pelakon dan pengacara Ain Edruce meluahkan rasa syukur kerana anaknya, Soraya kini telah dibenarkan pulang ke rumah setelah dirawat di Hospital Subang Medical Centre akibat diserang sawan semalam.
“Alhamdulillah kami baru sahaja discharge sebentar tadi sebab temperature Soraya dah turun normal, jadi doktor lepaskan.
“Doktor hanya bagi antibiotik untuk makan sehingga habis,” kongsinya ketika dihubungi Gempak.
Menceritakan kembali kejadian panik tersebut, Ain menyatakan yang anaknya memang sedang dilanda demam panas.
“Macam kanak-kanak normal, Soraya memang tengah demam masa ni.
“Ketika itu, Ain sedang siap nak pergi kerja,
“Dan dia pula sejenis yang susah nak cakap bye-bye jadi Ain keluar pergi kerja senyap-senyap.
“Kemudian, bila saya dah pergi kerja dia cari saya sampai menangis teruk.
“Lepas tu, dia pergi ke maid saya dan ketika itu lah dia diserang sawan mungkin disebabkan menangis terlalu lama," katanya.

Berita Trending: “Lagi Kakak Tengah Mengandung Sekarang” - Ibu Zahirah Sedih Anak Dihina Tatkala Sedang Hamil

Ketika kejadian tersebut, Ain juga mengatakan yang dia sedang berada di set pengembaraan untuk memulakan siaran langsung sebuah acara.
Kemudian, bergegas untuk ke hospital setelah mendapat berita yang mengatakan anaknya diserang sawan.
Dalam pada itu, rakaman video CCTV ketika kejadian panik ini turut dikongsikan oleh Ain menerusi hantaran Instagram Story nya.
“Soraya sawan tu kalau korang tengok daripada rakaman cctv tersebut sehingga ke hospital dia masih sawan.
“Doktor dah masukkan drip dekat tangan baru dia tersedar,” katanya.
Ain turut berkongsi dia dan suami, Amirul Hafiz kini perlu lebih berjaga-jaga sekiranya Soraya diserang demam panas memandangkan ada kemungkinan serangan sawan itu akan berulang.
#Sawan #Ain #Soraya #Edruce
;