Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Anak Erni Zakri Kini Sudah 7 Bulan: “Banyak Cakap, Semua Benda Nak…”

Syafiqah Jalal 24/09/2022 | 08:25 MYT
Penyanyi Erni Zakri berkongsi perkembangan cahaya matanya, Nur Khawla Soleha yang kini sudah mencecah usia tujuh bulan.

Menurut Erni anak sulungnya kini sudah menunjukkan perkembangan yang positif dan mendoakan agar puterinya menjadi anak yang baik.

“Hari ni anak solehah Daddy (ayah) dan Eibu (Ibu) masuk tujuh bulan.

“Banyak cakap. Semua benda nak digigit. Besar nanti jadi anak baik ya, nak. Sayaaaaaaaang dia,” tulisnya.

Isteri kepada penyanyi Syamel itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia memuat naik foto terbaharu anaknya.

Dalam pada itu meninjau di ruangan komen, rata-rata memberitahu wajah anaknya tak tumpah sama dengan Erni.

“Wajah ibu,” komen salah seorang warga net.

“Sebijik muka Kak Erni ni,” kata salah seorang pengikutnya.

Erni dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 25 Mac 2021.

A post shared by @erniezakri

#Anak #Syamel #Erni Zakri #bulan #Cakap
;