Laman Utama
Anak Fatin Afeefa Masih Di Bawah Jagaannya Hingga Kes Induk Selesai
Pelakon Fatin Afeefa melafazkan rasa bersyukur selepas kes hadanah interim yang melibatkan anaknya, Ivy Herra Sophia bersama bekas suami, pelakon Adam Shahz telah pun selesai.
Sungguhpun begitu, Fatin berkata, kes hadanah induk masih lagi berjalan. Menurut Fatin, sepanjang tempoh berkenaan, anaknya itu masih lagi di bawah jagaannya.
“Alhamdulillah kes hadanah interim selesai. Kes induk hadanah masih lagi berjalan. Praises to Allah, Ivy akan sentiasa dalam penjagaan saya sehingga kes induk ini selesai,” tulisnya.
Fatin dilihat hadir ke mahkamah dengan mengenakan busana hitam, tanpa ditemani oleh sesiapa.
Pada Mac lalu, Fatin meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya, Adam Shahz tidak menghadirkan diri ke mahkamah bagi menyelesaikan kes hak penjagaan anak mereka.
Mahkamah kemudian memberikan tempoh hak penjagaan anak sementara atau hadanah interim kepada pelakon filem Tentang Bulan itu.
Sebelum ini, Fatin telah memfailkan bantahan terhadap Adam yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka, Ivy.
Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.
BACA: