Laman Utama

Anak Gabenor Ridwan Kamil Hilang Di Sungai Aare, Switzerland

Maliah Surip
29/05/2022
04:53 MYT
Sponsor Banner
Anak Gabenor Ridwan Kamil Hilang Di Sungai Aare, Switzerland
Selepas tiga hari, anak Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, diberitakan masih gagal ditemui selepas hilang saat mandi di Sungai Aare, Bern, Switzerland.
Emmeril Khan Mumtadz merupakan anak sulung Ridwan Kamil. Mengikut laporan media Indonesia, sehingga petang Sabtu, pemuda yang dipercayai dihanyutkan arus deras di sungai tersebut masih gagal dikesan.
“Sehingga petang Sabtu, pencarian masih belum membuahkan hasil,” lapor Insertlive.
Menurut laporan sama, kehilangan Emmeril telah dikesan menggunakan beberapa alternatif termasuk melalui kapal dan drone.
“Pencarian pada hari ketiga ini lebih intensif dengan tim menggunakan kapal dan drone di beberapa lokasi di sepanjang area sungai.
“Penyelam pula dikerahkan mencari di beberapa lokasi yang dapat diakses di sepanjang sungai,” tulis kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Terdahulu, Emmeril dilaporkan berada di Switzerland bersama keluarganya untuk mencari institusi pengajian bagi melanjutkan pelajaran. Namun, Ridwan Kamil tidak bersama keluarga kerana urusan kerja di England.
Pemuda berusia 23 tahun itu kemudian mengunjungi Sungai Aare dan melakukan aktiviti riadah dengan mandi di sana.
Tidak bersendirian, dia melakukan aktiviti mandi di sungai tersebut bersama adik dan sahabatnya pada 26 Mei 2022, waktu tengahari.
Sayangnya, dia didakwa terbawa arus deras sewaktu berusaha naik ke atas tebing. Malah ada saksi yang mengatakan Emmeril sempat menjerit meminta pertolongan, namun tidak sempat diselamatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian.
Sementara itu, Aare merupakan salah satu sungai terpanjang di Switzerland yang memiliki panjang sekitar 295 km.
Untuk rekod, didakwa 15 sehingga 20 orang menjadi korban di sungai ini dalam setahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar