Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Anak Kedua Pasang Gigi Palsu, Aeril Zafrel Dedah Kos Rawatan

Zulaikha Yusof 16/04/2021 | 01:20 MYT
Umum tahu, anak kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa baru sahaja memasang gigi palsu pada usianya enam tahun.
Dedah Aeril, 33, jumlah harga yang perlu dibayar untuk menunaikan hasrat Hayla adalah sebanyak RM9,000.
"Disebabkan Hayla kena cabut gigi dia, jadi kos semua dalam RM9,000," katanya secara ringkas.
Pemilik nama Suhairil Sunari menjawab soalan pengikut menerusi Ask Me A Question, semalam.
Ada individu ingin mengetahui kos yang dikenakan bagi memasang gigi palsu sama seperti orang dewasa.
"Berapa kos buat gigi palsu Hayla?" tulisnya.
Menerusi hantaran di Instagram (IG) Wawa, dia berkongsi prosedur yang perlu dilakukan Hayla termasuklah menjalani pembedahan membuang gigi.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin menyatakan disebabkan anak-anaknya tidak memiliki gigi yang cantik, dia dituduh tidak pandai menjaga mereka.
BACA: “Masa Operate Buang Gigi...” - Wawa Zainal Tunai Impian Anak Buat Gigi Palsu
Sebelum ini, Aeril dan Wawa mendapat perhatian netizen kerana anak-anaknya dikatakan mengalami gigi yang bermasalah.
Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6 dan Aya Soffya, 2 tahun.
#Aeril Zafrel #Gigi Palsu #Hayla
;