Hiburan

"Anak Kita Tak Berapa, Sikit Lagi Nak Fail BM" - Sempoi Betul Shiera Kongsi Keputusan UPSR Anak Dapat 2A

Amri Hassan
21/11/2019
05:03 MYT
Sponsor Banner
"Anak Kita Tak Berapa, Sikit Lagi Nak Fail BM" - Sempoi Betul Shiera Kongsi Keputusan UPSR Anak Dapat 2A
Seperti ramai yang sedia maklum keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan hari ini.
Pelbagai reaksi dan gelagat dikongsikan oleh orang ramai di media sosial dan tidak lupa juga golongan selebriti.
Misalnya keputusan anak pengacara dan penyampai radio popular ini, Sharifah Shahirah, Airra, yang beroleh keputusan 2A, 1B, 2C dan 1D dalam peperiksaan tersebut.
Selebriti yang lebih mesra disapa Shiera itu akui tiada apa yang perlu dirahsiakan biarpun keputusan di kertas tidak secemerlang pelajar lain.
"Tak salahkan kalau tak ada 5A tapi letak kat Instagram? Sebab nanti ramai tanya, ha senang.
"Tahniahlah anak korang yang dapat banyak A, anak kita tak berapa. Dapat D itu mencapai tahap minimum, sikit lagi nak fail itu subjek Bahasa Melayu.
"Kami pun penat nangis, ikut mak slow learner. Tak faham-faham bila cikgu cakap," tulisnya.
Perkongsian jujur Shiera itu mendapat pelbagai respon daripada rakan selebriti dan peminat yang mengucapkan tahniah atas keputusan tersebut.
Malah, ada yang mengutuskan kata-kata semangat agar anaknya terus berusaha dan tidak berputus asa dengan keputusan yang diperoleh hari ini.
"Memang sempoi kak, ini kat kertas saja. Kadang-kadang mereka ada keistimewaan yang tersembunyi," tulis Noorkhiriah.
"Terbaik kak. Usaha tangga kejayaan," sambut Feeya Iskandar.
"Oklah tu, anak kita pun tak banyak A juga tapi tetap kita sayangkan," sahut pengurus peribadi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi.
Buat semua calon UPSR yang memperoleh keputusan hari ini, tahniah daripada kami di Gempak!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar