Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Anak Lelaki Ahmad Dhani Dedah Nyaris Dicabul Guru Lelaki Ketika Tidur

Amri Hassan 17/08/2020 | 10:15 MYT
Anak sulung Ahmad Dhani, Al Ghazali mendedahkan dia hampir menjadi mangsa cabul guru lelakinya.
Kejadian itu berlaku ketika mereka sedang tidur di atas katil sama selepas tamat sesi pembelajaran di kediaman mereka.
"Selepas habis menyaksikan World Cup, dia memang akan sering tidur di rumah, ada tilam.
"Jadi ya, tidur berdua di tilam. Biasalah macam guru-guru biasa.
"Jam 6 pagi, saya sudah masuk tidur namun dia masih belum tidur. Lalu, dia membelai seluruh badan saya tapi saya biarkan saja dulu sebab ingin lihat sampai mana dia berkelakuan begitu," cerita Al Ghazali menerusi temubual YouTube Derry Sulaiman dan Sahabat.
Pada mulanya Al Ghazali bersabar dengan tindakan guru tuisyennya itu namun akhirnya bertindak setelah keterlaluan.
"Dia menggosok tangannya dan mahu masuk ke sini (seluar), terus saya berpura-pura mimpi buruk dan menyikunya," tambah Al Ghazali.
Ahmad Dhani pada ketika itu turut terkejut dengan pendedahan Al Ghazali.
;