Laman Utama
Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mi Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Cafe
"Pak Jabit, nak mi kari...kuah laksa", dialog watak Yah Kuchai dalam filem Kampung Pisang Bersiri arahan Allahyarham Mohamad Mohd Khalid atau Mamat Khalid, mungkin masih diingati oleh peminat filem negara ini.
Keenakan Mi Kari Kuah Laksa yang sebelum ini hanya wujud dalam filem itu, kini boleh dirasai di Ah Mat Cafe, kafe yang diusahakan Nor Sara Mohamad, 32, anak kedua Allahyarham Mamat Khalid.
BERITA TRENDING: “Tinggal Watak Apa Untuk Kami? Jadi Nenek Atau Hantu Je Ke?” Delimawati Susah Dapat Job Sejak…
Nor Sara berkata idea untuk memasukkan menu Mee Kari Kuah Laksa itu tercetus, apabila dia mahu peminat turut merasai menu dicetuskan arwah bapa dalam skrip filem itu.
"Ada cerita di sebalik menu Mee Kari Kuah Laksa ini, papa kata ia makanan biasa yang di 'pesan' di kantin ketika zaman 70-an dahulu, zaman dulu ketika di kantin, papa kata anak-anak sekolah akan pesan mi kuning yang biasa di makan dengan kuah kari, tapi kuahnya diganti dengan kuah asam laksa," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya di Jalan Che Tak, Ipoh, Perak baru-baru ini.
Nor Sara berkata kafe yang diusahakan sejak Jun lalu itu juga, merupakan antara idea arwah bapanya yang pada mulanya mahu membuka cawangan kedua kafe 'Sarang Art Hub' seperti di Tanjung Malim.
Beliau berkata perkara itu bagi memudahkan pengunjung yang berada di Ipoh, dapat merasai suasana seperti di kafe di Tanjung Malim.
"Selepas papa meninggal saya teruskan idea ini, namun masih secara kecil-kecilan kerana kekangan tenaga pekerja," katanya yang turut menjual menu istimewa seperti lempeng kelapa, lontong darat dan nasi lemak ayam rendang di kafe tersebut.
BERITA TRENDING: Gembira Kongsi Resipi, Warong Pak Jabit, Penampilan Terakhir Arwah Mamat Khalid
Nor Sara berkata kafe yang diusahakan bersama suaminya Amirul Ariff Abdul Wahab, 35, itu mengambil nama sempena nama anak sulung mereka Mohamad Ehsan Khalid Amirul Ariff, yang berusia setahun setengah.
Bercerita mengenai menu Mi Kari Kuah Laksa di kafenya, menu yang dijual dengan harga RM8.50 semangkuk itu, mengekalkan resepi ibunya yang gemar memasak laksa iaitu antara makanan kegemaran arwah bapanya.
Menu tersebut ialah mi kuning yang dicurah kuah asam laksa utara, beserta hirisan nenas, bebola ikan, telur rebus, salad dan perahan limau.
Dekorasi di kafe tersebut pula berkonsep vintaj dan dihiasi dengan poster-poster filem lama termasuk filem-filem arahan Mamat Khalid, gambar serta barang-barang tinggalan Allahyarham.
Pengunjung juga akan ditemani dengan lagu-lagu Melayu nostalgia dari zaman 70an sehingga 90an yang menggamit kenangan.
BERITA TRENDING: Mahu Wujud Galeri Seni Di Kampung Kuchai, MBI Dalam Proses Rundingan Dengan Waris Mamat Khalid - “Setakat Ini Rasanya Mereka..."
Menyentuh perancangan masa depan, Nor Sara berkata dia mahu memperkembangkan perniagaan tersebut termasuk memanjangkan waktu operasinya.
"Buat masa ini kafe beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap Selasa hingga Ahad, jika cukup tenaga kerja dan modal, mungkin boleh lanjutkan operasi sehingga malam menjual lebih banyak menu menarik," katanya yang menjalankan operasi kafe tersebut bersama empat pekerja.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani