Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Anak Membesar Dengan Cepat, Ernie Zakri Dah Terbayang Dapat Bakal Menantu; “Lepastu Dia Ada Boyfriend…Lepastu Cakap Nak Kahwin…”

Shahrin Zulkifle 23/10/2022 | 07:00 MYT
Penyanyi Ernie Zakri berkongsi rasa seronok dan teruja apabila anak sulungnya, Nur Khawla Soleha kini sudah memasuki usia lapan bulan.

Menerusi hantaran di Instagram, Ernie yang juga isteri kepada penyanyi Syamel seakan tidak percaya anaknya membesar dengan cepat, malah dia turut berfikiran terlalu jauh sehingga membayangkan anaknya mempunyai teman lelaki kelak.

“Hari ini Nur Khawla Soleha masuk lapan bulan. Sekejap je kan. Nanti setahun, lepastu dua tahun, lepastu masuk darjah satu, lepastu kolej, lepastu bagitahu Eibu Daddy (Ernie dan Syamel) dia dah ada Boyfriend.

“Lepastu Boyfriend datang jumpa dekat rumah, lepastu malu-malu jumpa Eibu Daddy cakap nak kahwin, lepastu Eibu ada cucu.

“Hmmm macam itu jauh Eibu Daddy fikir dekat anak soleha sorang ini. Ala nak nangis sorang-sorang tulis ini,” kongsi Ernie pada kapsyen.

Dalam pada itu, pelantun lagu Boneka itu turut menitipkan doa buat anak tersayangnya agar menjadi seorang insan yang memiliki sifat baik.

A post shared by @erniezakri

Sementara itu, di ruangan balas, rata-rata wargamaya terhibur dengan coretan yang ditulis Ernie.

“Sindrom mak-mak, tengok anak terus boleh sampai anak cucu.

“Jauh betul Eibu Khawla pergi sampai cucu tu hehe.

“Alahai jauhnya Eibu fikir haha,” antara komen yang dtinggalkan.

Untuk info, Ernie dan Syamel telah selamat bergelar suami isteri pada Mac 2021 dan dikurniakan Khawla Soleha yang dilahirkan pada 22 Februari lalu.

#Syamel #Ernie Zakri #Khawla Soleha
;