Laman Utama

Anak Najib Dedah Ayahnya Penggemar Caramel Macchiato, Faktanya Bossku Habiskan RM76,000 Di Starbucks

Maliah Surip
30/08/2022
04:30 MYT
Sponsor Banner
Anak Najib Dedah Ayahnya Penggemar Caramel Macchiato, Faktanya Bossku Habiskan RM76,000 Di Starbucks
Seperti diketahui umum, mantan Perdana Menteri, Najib Razak sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Meski figura berusia 69 tahun yang terkenal dengan panggilan Bossku itu berada di dalam penjara, anak perempuannya, Nooryana Najwa, kerap mengemas kini maklumat tentang bapa kesayangannya itu.
Terbaharu, hantaran di Insta Story di Instagram peribadinya, @yananajib, wanita itu mendedahkan mengenai sikap bapanya sebagai seorang penggemar makanan.
Selain itu, Najib juga dikatakan seorang penggemar minuman kopi jenis Caramel Macchiato dari jenama Starbucks.
“Sedang membeli barangan dapur, tetapi tdak mampu membeli barangan yang biasa kami beli, malah saya rasa bersalah.
“Saya asyik memikirkan bagaimana keadaan Bossku di penjara. Saya tidak boleh membeli Starbucks hari ini kerana saya tahu Bossku pasti sangat merindui Caramel Macchiato kegemarannya,” tulis Yana dalam bahasa Inggeris.
Yana juga menjelaskan sebagai anak, dia suka untuk membelikan makanan buat ayahnya dan berdoa agar Najib akan kembali dapat menikmati kehidupan seperti biasa lagi nanti.
“Sesiapa yang mengenali Bossku tahu dia seorang penggemar makanan,” tulisnya juga.
Ironi, pendedahan Yana telah membawa ia terkait dengan skandal rasuah dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Hal ini kerana salah satu pendedahan yang dibuat pihak peguam adalah Najib telah membelanjakan sebanyak US$17,000 atau RM76,200 hanya untuk membeli minuman di Starbucks.
Untuk rekod, selain dipenjara 12 tahun, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu didenda sebanyak RM210 juta.
Kredit Foto: Freemalaysiatoday.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar