Laman Utama

“Anak Omputih Pantang Dicabar!” - Balik Malaysia, Anak Bujang Azah Aziz Cabar Diri Makan Cili Padi

Azwa Rahman
28/07/2022
02:07 MYT
Sponsor Banner
“Anak Omputih Pantang Dicabar!” - Balik Malaysia, Anak Bujang Azah Aziz Cabar Diri Makan Cili Padi
Anak bujang dramatis terkenal yang bermastautin di luar negara, Azah Aziz melakukan cabaran makan cili padi mentah sewaktu keluarganya pulang ke Kuala Lumpur.
Aksi Ryan Leroy itu dirakam sendiri oleh ibunya serta aktres dan penyampai radio Sharifah Shahirah ketika makan malam bersama kedua-dua keluarga di sebuah restoran di Hartamas.
“Pertandingan makan cili, anak ‘omputih’ pantang dicabar,” tulis Shiera menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, ketiga-tiga anak bujang Azah, Aaron, Ryan dan Justin menyahut cabaran makan cili padi tersebut dan kemudiannya masing-masing terpaksa menahan rasa pedas yang menyengat.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja melihat Azah membawa keluarganya pulang ke Kuala Lumpur.
Tidak kurang juga ramai yang memuji wajah tampan anak-anak bujang Azah.
“Patut anak-anak Azah masuk Hero Remaja. Tercampak semua,” komen seorang wargamaya.
“Lama betul tak nampak kak Azah, pelakon lama kan,” tulis seorang wargamaya.
“Hensem anak-anak Azah. So happy for her,” puji seorang wargamaya.
“Sedap makan berulam cili, yummy,” sokong seorang wargamaya.
“Uishh selamba makan cili tu,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 50,000 tontonan oleh pengikutnya.
Terdahulu, Azah berkahwin dengan Daud Leroy Abdullah dan kini menetap di Montreal, Kanada.
Pasangan ini dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Aaron, 23, Ryan, 16, dan Justin, 13.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar