Laman Utama
“Anak Penguat Semangat, Berjuang Untuk Kelangsungan Hidup” Kmy Kmo Syukur Isteri Selamat Bersalin
Penyanyi rap, Kmy Kmo meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Syifa Diana selamat bersalin anak kedua.
Bagaimanapun Kmy memaklumkan dia baru mendedahkan wajah dan nama anaknya selepas cukup tujuh hari.
“Anakanda saya dan isteri saya @syifadiana312 selamat dilahirkan pada tujuh hari lepas. Alhamdulillah, sihat seadanya.
“Abdul Jabbar Rakeem @abduljabbarrakeem (2 Tahun lebih). Abdul Akbar Naseem (7 Hari),” tulisnya di hantaran terbaharu akaun Instagram.
Dalam pada itu, Kmy juga menyatakan bahawa kehadiara kedua-dua cahaya matanya itu merupakan penguat semangat untuk menjalani kehidupan mencabar seperti ketika ini.
“Kedua-dua putera saya ni adalah cahaya mata yang sering memberikan semangat kepada saya untuk terus berjuang demi kelangsungan hidup hingga ke hari ini.
“Kadang bertakung air mata, kadang sebak didada, kadang berjuta juta visual bermain dilayar akal. Di dalam musim yang penuh pancaroba ini, hidup lah kita untuk silaturahim kita, usah lagi mengharapkan pada sesuatu janji yang belum pasti telus tanpa ada agenda.
“Kuatkan lah semangat mu demi anak-anak, ibu, isteri, ayah, dan adik beradik yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kita setiap hari.
"Aku kuat, demi orang yang aku sayang, sama la dengan engkau, engkau pun kuat untuk orang yang kau sayang". Terus bersemangat semua, ayuh,” coretnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.
Must-Watch Video