Laman Utama

"'Anak' Saya Bukan Anak Syaitan" - Didakwa Syirik? Ivan Gunawan Serah Spirit Doll Kepada Orang Lain

Amri Hassan
07/01/2022
06:50 MYT
Sponsor Banner
"'Anak' Saya Bukan Anak Syaitan" - Didakwa Syirik? Ivan Gunawan Serah Spirit Doll Kepada Orang Lain
Pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan akhirnya memutuskan untuk tidak lagi menjaga kedua-dua boneka selepas tular baru-baru ini.
BACA: Dikritik 'Sick' Bela Boneka Sebagai Anak, Ivan Gunawan; "Semoga Anak Ini Beri Keajaiban"
Mendapat pelbagai kecaman dan reaksi negatif daripada netizen, Ivan telah menyerahkan kedua-dua anak patung yang diberi nama Marvel dan Miracle itu kepada individu lain untuk dijaga.
"Saya dah tak pelihara boneka lagi. Kerana membuat onar, kaliah heboh, jadi saya memilih untuk tidak memelihara lagi.
"Saya tak suka ditanya-tanya begini setiap hari lagi jadi saya berikan kepada orang," katanya seperti laporan InsertLive pada Khamis.
Menerusi satu temubual baru-baru ini, Ivan menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa kedua-dua bonekanya punyai kuasa mistik.
"Anak saya bukan anak syaitan. Tiada kena mengena dengan iblis, jin dan sebagainya. Saya mendapatkan anak patung itu dari Ruben Onsu.
"Walaupun semua sedia maklum itu adalah anak patung, tetapi setiap orang ada caranya untuk melayan sesuatu yang dia suka dan sayang.
"Mungkin ada juga yang suka bercakap dengan kereta atau motor mereka. Jadi, mungkin bukan saya sahaja yang gila.
"Pendapat seorang itu terpulang kepada semua, mereka yang membuat kesimpulan sendiri. Saya juga tidak merasakan patung itu mempunyai sebarang roh dan iblis," katanya.
Sebelum ini Ivan memberitahu tujuannya membeli kedua-dua anak patung itu dengan alasan sebagai latihan untuk menguruskan anak.
"Iya kalau mahu punya anak sendiri kan ada prosesnya. Harus cari perempuan dulu segala macam. Jadi biar berlatih guna anak patung saja dulu," ujarnya.
Spirit doll menjadi trend dalam kalangan selebriti di Indonesia sejak akhir-akhir ini. Antara yang turut mempunyai boneka seakan-akan sama ialah Ruben Onsu dan Lucinta Luna yang dilayan seperti manusia hidup hingga dibawa berjalan-jalan dan diajak bermain.
Pakar psikologi, Stephani Raihana Hamdan menjelaskan situasi itu muncul kerana keinginan untuk memiliki sesuatu.
Namun, Ketua Fakulti Psikologi Universitas Indonesia, Rose Mini Agoes Salim menyebut bahawa tidak salah bermain dan melayan boneka menyerupai seorang bayi namun membahayakan jika mencetuskan halusinasi.
Sumber: CNN Indonesia
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar