Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Anak Siti Sarah Meronta Sakit Kena Ujian Swab COVID-19, Luluh Hati Netizen.. - “Anak Ibu Ni Kuat!”

Azwa Rahman 02/08/2021 | 02:40 MYT
Penyanyi Siti Sarah tidak dapat menahan pilu apabila melihat anak-anaknya melakukan ujian saringan COVID-19 yang menyakitkan mereka.
Menerusi laman sosial Instagram, Sarah berkongsi momen ujian saringan COVID-19 tersebut yang berlangsung di kediaman mereka untuk tatapan umum.
Menurut Sarah, mereka sekeluarga berada dalam keadaan baik dan tidak berdepan dengan sebarang simptom COVID-19 yang dahsyat.
“Matin anak ibu ni kuat! Susah nak tengok dia menangis kecuali kalau betul-betul sakit. Alhamdulillah, sekarang keadaan kami masih okay, tiada simptom teruk.
“Yang penting mindset kena kuat! Jaga makan, positif selalu, anggap ujian ini hadiah dari Allah. Terus doakan kami sekeluarga,” tulis Sarah di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi 52 saat itu, kelihatan anak-anak pasangan itu, Uwais, 10, Dzahira, 8, dan Matin, 6, dipangku dan ditenangkan oleh Shuib sewaktu melakukan ujian saringan.
Matin pula meronta-ronta memanggil ibunya sewaktu petugas kesihatan mengambil sampel di dalam mulut.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti meluahkan rasa sedih mereka apabila melihat kesakitan yang dirasai oleh anak-anak pasangan ini.
Ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Shuib dan Sarah untuk terus kuat dan bangkit menentang virus ini.
Ya Allah, semoga dipermudahkan dan beroleh kesembuhan segera,” kata pengacara Fedtri Yahya.
Ya Allah sedih sangat tengok anak-anak kena buat swab test. Semoga kak Sarah dah keluarga terus kuat dan segera diberikan kesembuham, amin,” doa seorang wargamaya.
Mengalir air mata saya kak. Saya, suami dan anak sekarang positif COVID-19 akibat orang yang pentingkan diri sendiri. Moga Allah berikan kesembuhan buat kita ya kak,” luah seorang wargamaya.
Tak sanggup tengok bila anak-anak menangis. Get well soon Sara sekeluarga,” ujar seorang wargamaya.
Allahuakbar, ni yang paling takut kak, bila anak-anak kena buat test ni. Moga Sarah dan Shuib terus kuat ya, doa yang baik-baik, cepat sembuh,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut meraih hampir 460,000 tontonan daripada pengikutnya.
Pada 27 Julai yang lalu, Sarah, Shuib dan tiga anak mereka disahkan positif COVID-19 selepas pembantu rumah mereka dijangkiti virus berkenaan.
Sekadar info, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
#Siti Sarah #Shuib SepahTu #COVID-19 #Ujian saringan sakit
;