Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Anak Sudah Enam Bulan , Rihanna Lakukan Hal Klise Seperti Ibu Lain

Maliah Surip 12/11/2022 | 15:55 MYT

Nama Rihanna kembali menjadi sebutan apabila lagu runut bunyi berjudul Lift Me Up bagi filem fenomena Black Panther : Wakanda Forever mula diperdengarkan di seluruh dunia.

Pada saat peminat teruja dengan kemunculan semula Rihanna selepas lebih lima tahun tanpa karya baharu, Rihanna rupa rupanya lebih bahagia bercerita tentang fasa kehidupannya sebagai seorang ibu.
Pasangan rapper, A$AP Rocky itu mengatakan dia sedang menikmati kehidupan yang sangat mengujakan selepas enam bulan melahirkan seorang anak lelaki.
“Oh Tuhanku! Tidak ada yang lebih mengujakan daripada bangun pagi dan melihat wajah anak anda.
“Dia penuh dengan kejutan dan melihatnya bangun tidur dan seperti masih terkejut dengan keadaan sekeliling adalah sangat comel. Itu adalah momen kegemaran saya,” katanya seperti dilaporkan Yahoo.com.
Tambah bintang berusia 34 tahun itu lagi, anak lelaki adalah seorang bayi yang sihat dan ceria.
“Dia sangat hebat dan bayi yang ceria,” katanya lagi.
Malah kelahiran bayi sulungnya itu telah memberi idea buat dia mengeluarkan jenama Fenty versi kanak kanak pada masa hadapan.
“Saya selalu fikir untuk menghasilkan barangan bayi atau kanak kanak adalah sebuah hal yang klise.
“Namun apabila saya keluar membeli belah, baru saya tersedar saya perlu membuat sendiri rekaan untuk anak dan kakak kanak lain. Saya sudah mempunyai idea tentangnya!”

#Anak #Rihanna #A$AP Rocky #Wakanda Forever #Lift Me Up
;