Laman Utama
Anak Sulung Pengsan 2 Kali, Azhar Sulaiman Akui Sudah Tiba Masanya Untuk Buat Sesuatu…
Sejak pelakon Azhar Sulaiman memuat naik video beberapa video yang memaparkan anak sulungnya, Kasih Leia Ixora, ramai dalam kalangan pengikut pelakon itu melahirkan rasa prihatin terhadap keadaan Kasih.
Ada yang bertanya adakah Kasih tidak sihat dan ada juga yang bimbang melihat keadaannya yang agak kurus.
Pun begitu, Azhar tidak pernah mendedahkan masalah yang dialami oleh anaknya. Bagaimanapun, Kasih ada memuat naik sepotong video di TikTok ketika mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
undefined
Rentetan daripada hal itu, Azhar berkata yang anaknya pernah pengsan sebanyak dua kali ketika berada di tempat letak kereta di PPUM.
“Semalam Kasih pengsan dua kali dekat parking lot PPUM. So hari ni, paksa dia bangun pagi, breakfast dengan saya. Kena start healthy living,” ujar Azhar.
Meninjau ruangan komen, ramai antara pengikut Azhar yang berharap agar anaknya pulih seperti sedia kala dan dapat menjalani kehidupan lebih sihat selepas ini.
“Setuju. Semoga abang dan Kasih tetap kuat jalani tempoh-tempoh dugaan semua ini. Mohon Kasih jangan lemah, mohon abang jangan lelah.”
“Macam my daughter 5 years ago. Hyperthyroidism. Memang tak ada selera nak makan, berat badan turun mendadak, tangan menggeletar, jantung laju, berpeluh-peluh.”
“Makan Kasih, dan ambil cahaya pagi. Kasih macam anemia tengok. Kuat dan sihat Kasih insya-Allah.”
undefined
“Yes try start healthy lifestyle dear Kasih. No sugar, no refined carb, eat good carbohidrat, more healthy fat, more protein.”
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.