Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Anak Tercekik? Jangan Panik Lakukan Bantuan Kecemasan Dengan Teknik Ini

Mya Amri 10/07/2020 | 05:29 MYT
Baru-baru ini berita mengenai seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia disebabkan tercekik biji rambutan benar-benar meninggalkan kesan buat ibu bapa.
lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah adalah kumpulan berisiko paling timggi untuk tercekik makanan.
Ini kerana mereka masih belum begitu pandai mengunyah dan hanya menelan makanan.
Selain itu, saiz saluran pernafasan yang kecil juga boleh menyebabkan ia mudah ditutup sepenuhnya terutamanya apabila makan makanan yang keras dan berbentuk bulat.
Diaebabkan perkara itu juga laman Facebook rasmi Public Health Malaysia berkongsi teknik kecemasan sebagai panduan kepada ibu bapa sekiranya berdepan dengan situasi berkenaan.
“Bagaimana pula jika ianya berlaku juga? (Minta dijauhkan)
“Lakukan teknik Heimlich. Ianya teknik bantuan kecemasan yang membantu mengeluarkan objek yang tersekat.
“Kami kongsikan teknik Heimlich. Pastikan anda simpan dan share teknik ini untuk rujukan anda bila diperlukan.
“Ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa anak anda atau orang lain pada masa hadapan.
“Apapun mencegah lebih baik ye. Elakkan dari memberi makanan yang berisiko tinggi untuk tercekik,” kongsi pautan berkenaan.
Kami di Gempak berharap perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat ibu bapa di luar sana.
Paling penting awasi anak-anak dan pantau ketika mereka sedang makan.
#Gaya Hidup
;