Laman Utama

Anak Terlibat Dadah, Noralbaniah; "Janganlah Kata Saya Salah Didik Anak"

Amri Hassan
15/06/2023
00:21 MYT
Sponsor Banner
Anak Terlibat Dadah, Noralbaniah; "Janganlah Kata Saya Salah Didik Anak"
Pelakon Noralbaniah menyifatkan episod hitam yang menimpa anaknya, Syarra Sudarman yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah adalah satu ujian buatnya sebagai ibu.
BACA: Anak Artis Popular Era 90-an Dihukum Penjara!
Kata Noralbaniah dia pada awalnya agak sukar untuk menerima dah berhadapan dengan pertanyaan orang ramai, namun kini hatinya lebih tenang dan menerima ujian Allah itu dengan lapang dada.
“Mana ada ibu bapa yang mahukan anaknya menjadi sebegini. Benda ini berlaku tanpa saya duga. Tapi apa yang terjadi ini, saya terima dan saya reda.
“Mungkin apa yang berlaku hari ini, akan menjadikan seseorang itu lebih baik di kemudian hari.
“Dan ada orang yang menghukum saya, tapi saya terangkan begini, anak saya bukan berusia 18 tahun, kalau 20 tahun ke bawah, saya boleh tegur dia. Tapi dia sudah berusia 28 tahun, jadi janganlah kecam, janganlah kata saya salah didik anak.
“Ini ujian untuk saya, dan alhamdullillah saya kuat.
“Kalau dulu mungkin saya kurang matang, tapi sekarang saya boleh terima dan berhadapan dengan orang ramai. Iyalah dulu bukan ada media sosial, tiada viral semua ini. Sekarang tak boleh buat silap, semuanya naik di media sosial,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan filem Vik2ria Secret, baru-baru ini.
Melanjutkan bicara, Noralbaniah berkata Syarra sudah keluar penjara sejak Mac lalu dan kini dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah dia elok saja. Saya ada pergi melawatnya di Melaka sebelum ini dan kerana dia berkelakuan baik, dia dibenarkan keluar awal iaitu sekitar Mac lalu.
“Anak saya pun bukan calang-calang orang, dia berpendidikan tinggi dan juga lulusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Jadi bila terjadi semua ini, saya sedih juga. Ya mungkin salah pilih kawan tapi saya tak mahu cakap lebih sebab ia sudah pun berlaku.
“Itulah satu-satunya anak saya bersama Sudarman. Saya berkahwin dengan Sudarman hanya dua tahun dan tidak berkahwin sampai sekarang, itu orang tak tahu,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Syarra Sudarman mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan tertuduh menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.
Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada pukul 11.45 pagi, 12 Oktober tahun lalu. Atas kesalahan tersebut dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.
Pertuduhan kedua pula dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada pukul 3 petang, tarikh sama.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan.
Syarra adalah anak kepada Noralbaniah hasil perkongsian hidup dengan bekas pelumba kereta iaitu Allahyarham Sudarman Daud. Sudarman meninggal dunia pada 10 Jun 1996 akibat kemalangan jalan raya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar