Hiburan

Anak Tersungkur Tepi Bucu Lantai, Niena Baharun Risau Dengan Bekas Parut Di Dahi

Zulaikha Yusof
31/03/2020
02:40 MYT
Sponsor Banner
Anak Tersungkur Tepi Bucu Lantai, Niena Baharun Risau Dengan Bekas Parut Di Dahi
Pelakon Datin Niena Baharun mendedahkan kecederaan yang dialami anak lelakinya, Adiel Mikael selepas tersungkur di tepi bucu lantai.
Walaupun tidak mengalami luka yang serius namun Niena khuatir dengan bekas parut di bahagian dahi.
"Daddy cakap biasalah anak boy tengah lasak. Tapi mommy risau parut tu macam mana nak hilang.
"Tapi takpe asalkan, @adielmikael okay. Petang semalam al kisah nya dia tersungkur dekat tepi bucu lantai, dahi yang terkena dulu.
"Sebelum tu dah ada benjol dekat tempat yang sama akibat terhantuk dengan pintu sebab duk main celah celah langsir. Sabar jelah.. Nasib baik luka tak teruk sangat.
"Harap harap selepas kejadian ni, Adiel Mikael makin behave," tulisnya di Instagram (IG).
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terutama golongan ibu berkongsi pengalaman yang sama bersama anak mereka.
"@datinamyera: Jibriel pun kena dahi gini. Langgar bucu meja, pah ko hospital mujur tak jahit. Doktor gam jah.
"@nurshaff_: Kalau dahi suloh tinggi gini, setiap kali jatuh akan kena dahi dulu. Adiel budak bijak suatu hari nanti insya-Allah.
"@normalaamit_: Biasa la nak tengah tengah membesar ni. Makin lasak la," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim berkahwin pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bahru, Kelantan.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Oktober 2018.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar