Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Anak ‘Tipu’ Kata Lambat Sebab Bas Rosak, Rupanya Kemalangan! Sharifah Shahirah; “Mengucap Panjang Saya…”

Shahrin Zulkifle 28/11/2022 | 14:30 MYT

Pelakon Sharifah Shahirah terkejut apabila anak lelakinya, Airell Zulkifli terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila bas yang dinaikinya dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur terbabas di Jasin, Melaka siang tadi.

Airell yang berada di Singapura sejak Jumaat lalu untuk menghadiri festival animasi pada mulanya cuba berselindung daripada bercerita akan perkara sebenar kepada Shahirah.
Bagaimanapun, kisah terbongkar apabila Shahirah atau lebih mesra disapa Kak Rara mendapati kesan luka di kepala Airell.

“Anak lelaki saya pergi Singapura sebab ada festival animasi, saya tak kisah pun, biasa lah anak lelaki keluar berjalan. Dia pergi dengan kawan-kawannya.

“Cumanya disebalik cerita sebenar, dia pergi ke sana tanpa bagi tahu saya sejak hari Jumaat lepas. Waktu dia keluar rumah, saya dan suami sedang bekerja sampai lah saya telefon baru dia bagi tahu yang dia dan kawan-kawannya ke Singapura, jadi saya ok je bila dah tahu.

“Bas tersebut bergerak dari Singapura. Ariel kata bas delayed beberapa jam, katanya rosak. Patutnya suami saya akan ambil dia jam 5 pagi hari Isnin, tapi bila saya bangun pagi tengok anak saya masih tak sampai rumah. Suami kata anaknya bagi tahu bas rosak sebab tu lambat sampai KL.

“Petang Isnin saya balik kerja, saya nampak ada luka di bahagian dahi dia, mulanya dia tutup pakai rambut dia. Sebab rambut dia agak panjang.

“Bila saya tanya kenapa, dia kata itu jerawat, tapi saya tengok macam luka. Saya kata dekat dia kau kena pukul dengan orang ke? Dah la pergi Singapura tak bagi tahu mak ayah dia.

“Bila kena paksa tanya, dia kata sikit je kemalangan, saya terus terkejut bila dia bagi tahu bas kemalangan. Terus dia buka cerita sebenar bas bukan rosak tapi accident, mengucap panjang saya waktu dengar tu,” kongsinya.

Terdahulu, Sheira memuat naik satu hantaran di Instagram beserta tangkap layar sebuah berita memaklumkan anaknya itu terlibat dalam kemalangan di Jasin Melaka.

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Dalam pada itu, Shiera berkata, tujuan anaknya untuk tidak bercerita kisah sebenar kerana tidak mahu menyusahkan dia dan suami.

“Alasan dia tipu saya sebab tak nak risaukan saya. Saya faham walaupun tak cedera parah tapi kenapa kena tipu saya.

“Saya korek juga cerita daripada dia, rupanya lepas kemalangan terus dibawa naik ambulan ke hospital dengan kawan-kawan dia. Dia kata dah buat X-ray semua alhamdulillah, baik je. Saya syukur dengar,” tambahnya.

Sementara itu, pelakon yang juga penyampai radio itu turut berusaha menghubungi pihak pengurusan bas tersebut untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada mereka mengenai kemalangan berkenaan.

“Saya belum dapat cerita lagi punca sebenar kemalangan macam mana, sebab saya telefon pihak sana masih belum angkat. Saya nak tahu juga sama ada puncanya pemandu ngantuk atau sebab lain. Mereka tukar ke tidak pemandu? Itu yang saya cuba nak tahu.

“Apa yang saya geram adalah sama ada bas tersebut tukar pemandu atau tidak. Yela sebab banyak nyawa yang ada dalam itu, walaupun anak saya tak cedera parah tapi saya nak juga tahu ada meragut nyawa ke tidak, tapi masih tidak angkat telefon,” tambahnya.

#Sharifah Shahirah #Shiera Ijoy #Kemalangan jalan raya
;