Laman Utama
“Anaknya Ada Segalanya, Dia Bimbang Tak Ikut Jejak Langkah” – Khabib Dedah Kerisauan Ronaldo
Juara lighweight UFC, Khabib Nurmagomedov mendedahkan kebimbangan sahabat baiknya, bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo mengenai perihal anak lelakinya, Cristiano Jr.
Menurut Khabib, Ronaldo sangat risau sekiranya Cristiano Jr tidak mempunyai keinginan untuk berjaya sepertinya.
“Kami sering kali berbual, boleh dikatakan hampir setiap hari namun sewaktu bertemu, kami pasti bercerita hal-hal berkaitan dengan sumber motivasi.
“Dia memberitahu saya bahawa dia mahu anaknya menjadi penggantinya. Semasa Cristiano masih kecil, dia hanya dapat bermimpi untuk memiliki sepasang kasut yang sederhana.
“Tetapi anaknya pula mempunyai segala-galanya. Dia takut andai kata anaknya tidak akan dapat melakukannya. Jadi dia bimbang anaknya tidak mempunyai keazaman yang kuat seperti dirinya.
“Sebenarnya seseorang itu memerlukan keinginan untuk mencapai sesuatu tetapi apabila anda sudah mempunyai segalanya agak suakr untuk mencari sumber motivasi yang tepat,” ujarnya.
Memakai jersi nombor 7 sama seperti bapanya, anak lelaki kesayangan Ronaldo ini juga berjaya menjaringkan 58 gol dan mencatatkan 18 assist dalam 28 penampilan ketika bermain untuk Juventus di bawah 9 tahun.
Criatiano Jr juga turut cemerlang menjaringkan empat gol ketika debutnya bersama the old ladies dengan membantu Juventus membelasah Lucento 7-1.
Selain itu, dia juga pernah menjaringkan tujuh gol ketika membantu Juventus membelasah Maritimo China 25-0 dalam kejohanan International Maritimo Centenary.
Cristiano Jr juga turut menandatangani kontrak dengan Juventus ketika bapanya berhijrah ke Juventus pada 2018.
Sumber: Mail Online