Viral

Ananda Natasha Beri Komen Balas Dengan Slideshow, Dakwa Andika Tipu Mahkamah - “Bukan Main Kau Suruh Aku Cakap Dekat Hakim Cerai Satu Kali Je”

Mya Amri
30/07/2024
10:55 MYT
Sponsor Banner
Ananda Natasha Beri Komen Balas Dengan Slideshow, Dakwa Andika Tipu Mahkamah - “Bukan Main Kau Suruh Aku Cakap Dekat Hakim Cerai Satu Kali Je”
Personaliti media sosial, Ananda Natasha membuat pendedahan terbaharu mengenai bekas suaminya, Andika Putera yang didakwa curang.

Dakwa Andika Tipu Hakim, Bercerai Kali Pertama

Menerusi akaun TikTok dan Instagram, Natasha memaklumkan dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan video baharu adalah disebabkan fitnah yang dilakukan oleh pihak terbabit.
Menurut Natasha ini merupakan kali kedua mereka bercerai tetapi Andika menyuruhnya berbohong kepada mahkamah mengenai talak yang dilafazkan.
“Video ini di keluarkan disebabkan fitnah yang (Whiteboard Man) telah mulakan.

“Dekat mahkamah bukan main kau suruh aku cakap dekat hakim cerai satu kali je. Tak perlu cakap dua kali nanti susah nak uruskan hal mahkamah.

“Sekarang ini kau pula pergi petik cerai kali kedua, itu salah kau sendirilah kenapa kau berani bersumpah depan hakim sana bercerai kali pertama,” jelasnya.

Penceraian Bukan Marketing

Dalam pada itu, Natasha juga mendakwa Andika telah menuduhnya menggunakan isu perceraian ini untuk tujuan marketing sedangkan dia tidak pernah mengambil kesempatan atas apa yang berlaku.
“Sebelum sah bercerai secara rasmi pun awak dah tak sabar sabar dah nak buat marketing cerai untuk viral.
“Jadi sekarang awak nak cakap saya yang meraikan view padahal sebelum saya viralkan benda ni, saya dah memang ada view dah.

“Tak perlu pun saya nak viralkan benda tu. Kalau saya nak viralkan, saya dah lama post benda ni dekat TikTok. “Kenapa saya tak post dekat TikTok. Kenapa saya post dekat story je yang 24 jam tu hilang. Sebab apa, sebab saya tak meraikan view macam awak.

“Saya tak ada plan marketing macam awak, siapa yang nak buat marketing sekarang ni, awak ke saya,” ujarnya.

BERITA TRENDING:Mahu Bersihkan Nama, Andika Putera Buat Presentation Guna Whiteboard Jelaskan Isu Curang - "Ini Adalah Cara Untuk..."

BERITA TRENDING:Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

BERITA TRENDING:Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"

BERITA TRENDING:"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

BERITA TRENDING:"Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga

Terdahulu, Natasha baru-baru ini memuat naik beberapa tangkap layar sebagai bukti bahawa bekas suaminya itu bermain kayu tiga bersama staf dan juga rakannya.
Bagaimanapun Andika kemudiaanya tampil mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan dirinya curang adalah tidak benar.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar