Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Ananda Natasha Tak Kisah Ada Pihak Sebelahkan Andika Putera, Anggap Setiap Orang Ada Hak Beri Pendapat - "Manusia Ada Macam-Macam Pendapat"

Firdaus 31/07/2024 | 09:55 MYT
Isu rumah tangga hangat diperkatakan, personaliti media Ananda Natasha menyatakan dirinya tidak terkesan dengan berita pertunangan bekas suaminya, Andika Putera dengan seorang doktor.

Tak Kisah Andika Bertunang

Mengulas lanjut tentang pertunangan Andika, Ananda Natasha atau lebih dikenali sebagai Tasha berkongsi dirinya bagaimanapun tidak mengetahui identiti doktor tersebut dan beranggapan bahawa perkenalan antara Andika dan wanita itu berlaku selepas isu rumah tangga mereka.
"Doktor tu memang betul-betul Tasha tak kenal, saya rasa mereka berkenalan selepas kami bercerai.
"Tasha okay sahaja bila mereka bertunang, mungkin kalau waktu kami masih bersama dan Tasha dapat tahu tentang berita itu, Tasha akan rasa sedih, tapi sekarang ni Tasha dah 'move on'.
"Disebabkan kes curang dia sebelum ini, Tasha tak kisah, dia (Andika) nak kahwin atau nak bertunang, itu lantak dia!" katanya.

"Tasha yakin rakyat Malaysia tak bodoh...

Disoal berkaitan segelintir pihak yang memihak kepada Andika selepas beberapa video pendedahan dimuat naik, Tasha ketika ditemui Gempak berkata dia bersikap terbuka dengan penilaian netizen tentang kemelut rumah tangganya.
"Tasha yakin rakyat Malaysia tak bodoh, Tasha pun dah beri bukti-bukti yang ada. Tapi manusia kan ada macam-macam pendapat.
"Yang menyebelahi Andika pun Tasha tak ada masalah, korang pun boleh berfikir sendiri. Tasha rasa masing-masing ada pemikiran masing-masing," jelasnya.

BERITA TRENDING:Kecoh Hal Rumah Tangga, Andika Putera Mohon Maaf - “Saya Perlu Berhati-Hati Lepas Ni”

BERITA TRENDING:Ananda Natasha Dedah Punca Andika Ugut Mahu Sebarkan Video ‘Bersama’ - “RM600 Bukan Saja-Saja Minta, Itu Baki Hutang Dia”

BERITA TRENDING:Ananda Natasha Beri Komen Balas Dengan Slideshow, Dakwa Andika Tipu Mahkamah - “Bukan Main Kau Suruh Aku Cakap Dekat Hakim Cerai Satu Kali Je”

BERITA TRENDING:Mahu Bersihkan Nama, Andika Putera Buat Presentation Guna Whiteboard Jelaskan Isu Curang - "Ini Adalah Cara Untuk..."

Sekadar info, Ananda Natasha baru-baru ini membuat pendedahan bahawa Andika Putera telah berlaku curang terhadapnya lebih daripada tiga kali.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi muat naik beberapa tangkap layar yang mendakwa Andika berselingkuh terhadap Natasha bersama-sama dengan staf dan kawan baik bekas isterinya.
Susulan dakwaan itu, Andika memuat naik entri di media sosial demi mempertahankan dirinya daripada terus dituduh sebagai ‘kaki perempuan’.
Imbas kembali, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.
#Rumah tangga #Influencer #Curang #Andika Putera #Ananda Natasha
;