Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Ananda Natasha Tak Tolak Berjodohan Dengan Ezra Kairo - "Kalau Ada Jodoh, Ada Lah"

Firdaus 12/08/2024 | 08:25 MYT
Dilihat semakin rapat dengan penyanyi, Ezra Kairo, bekas isteri kepada personaliti media sosial, Andika Putera, Ananda Natasha, tampil mengulas lanjut berkaitan perkara tersebut.

Tak Tolak Jodoh

Menurut Ananda Natasha atau lebih mesra disapa sebagai Tasha, menjelaskan bahawa hubungannya bersama Ezra hanya sebagai kawan namun tidak menolak sekiranya berjodohan dengan penyanyi berkenaan.

"Jodoh dekat tangan Tuhan, jadi kalau ada jodoh, adalah...

"Jodoh dekat tangan Tuhan, jadi kalau ada jodoh, adalah. Kita tak tahu jodoh kita siapa buat masa sekarang.
"Tapi buat masa sekarang ni kami masing-masing fokus kerja sahaja. Tak fikir pasal jodoh pun.
"Permulaan kami kenal pun bila dia (Ezra) invite Tasha untuk Live TikTok sama-sama. Bila Live sama-sama tu benda tu viral, dan netizen suka. Netizen mula jodoh-jodohkan," katanya ketika dihubungi Gempak.
Mengulas lebih lanjut, Tasha dalam pada itu mengakui Ezra banyak menyokongnya dalam perkara yang dilakukan.
"Kami ada berhubung tetapi tak ada lah borak perkara itu. Banyak borak-borak biasa sahaja. Dia banyak support Tasha buat masa sekarang ni.
"Untuk sekarang ni memang tidak lebih daripada kawan. Tapi kalau ada jodoh, Tasha follow the flow sahaja," kongsinya.

BERITA TRENDING: Ananda Natasha Tak Kisah Ada Pihak Sebelahkan Andika Putera, Anggap Setiap Orang Ada Hak Beri Pendapat - "Manusia Ada Macam-Macam Pendapat"

​BERITA TRENDING: Kecoh Hal Rumah Tangga, Andika Putera Mohon Maaf - “Saya Perlu Berhati-Hati Lepas Ni”

​BERITA TRENDING: Ananda Natasha Dedah Punca Andika Ugut Mahu Sebarkan Video ‘Bersama’ - “RM600 Bukan Saja-Saja Minta, Itu Baki Hutang Dia”

​BERITA TRENDING: Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

Sekadar info, Ananda Natasha pernah membuat pendedahan bahawa Andika Putera telah berlaku curang terhadapnya lebih daripada tiga kali.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi muat naik beberapa tangkap layar yang mendakwa Andika berselingkuh terhadap Natasha bersama-sama dengan staf dan kawan baik bekas isterinya.
Susulan dakwaan itu, Andika memuat naik entri di media sosial demi mempertahankan dirinya daripada terus dituduh sebagai ‘kaki perempuan’.
Imbas kembali, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.
#Viral #Kekasih #Tular #Jodoh #Hubungan #Ezra Kairo #Ananda Natasha
;