Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Anda Nak Saya Fahami Anda..Anda Lakukannya Dulu" - Bekas Miss Universe Malaysia Enggan Mohon Maaf

ZULHILMI JALIL 05/06/2020 | 10:39 MYT
Bekas ratu cantik, Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James memberitahu bahawa dirinya tidak terkesan dengan sebarang komen dan kritikan yang diterimanya di media sosial selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan berbaur perkauman.
Bahkan, kata Samantha, dia juga tidak akan membuat sebarang permohonan maaf atas apa yang berlaku biarpun ada pihak yang mendesaknya untuk berbuat demikian.
"Maaflah komen sebegini tidak mendatangkan rasa empati kepada diri saya seperti yang anda harapkan. Saya tidak akan meminta maaf langsung atas semua ini.
"Saya juga menangis, dan merasai keperitan anda (anda boleh tanya keluarga saya dan kawan rapat), saya berasa simpati dengan cara saya sendiri, secara privasi, bukan secara terbuka.
"Hanya kerana saya tidak memuat naik video memaparkan diri saya menangis, itu tidak bermaksud saya tak bersimpati dengan apa yang terjadi," katanya dalam satu posting yang dimuat naik di Instagram.

You want empathy, you SHOW EMPATHY FIRST. you want sorry, YOU SAY SORRY FIRST. You want me to understand you, YOU DO THAT FIRST. I don’t want anything from you. So I have nothing to do. GRRRRRRRR IM THE LION ? RAWRRRRR LMAOOOO ?????? yes this is for you to laugh, coz seems you need a little bit of that

A post shared by Samantha Brahmacharini (@samanthakayty) on

Jelas Samantha lagi, setiap individu perlu melakukan terlebih dahulu satu-satu perkara sebelum meminta orang lain untuk berbuat perkara yang sama terhadap mereka.
"Anda mahu empati, anda tunjukkan rasa empati terlebih dulu. Anda mahu kata-kata maaf, anda perlu ucap maaf terlebih dulu.
"Anda mahu saya faham anda, anda lakukan dulu (kepada saya). Saya tak mahu apa-apa daripada anda, jadi tiada apa yang saya perlu lakukan," katanya.
Begitupun, di ruangan komen, rata-rata menyifatkan Samantha seorang yang ego dan terus mengkritik tindakannya.
Terdahulu, Samantha didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman apabila menyentuh isu orang kulit hitam di Amerika Syarikat susulan kematian George Flyod.
Kenyataannya itu menyebabkan dia mendapat perhatian seluruh dunia yang mengecam tindakannya.
BACA: “To The Black People.. Relax” - Dilabel Amal Sikap Perkauman, Ramai Mahu Gelaran Bekas Miss Universe Malaysia Dilucutkan!
Bagaimanapun, Samantha menafikan dirinya seorang yang rasis.
BACA: "Saya Tak Rasis..Orang Salah Faham" - Samantha Tunggu Keadaan Reda, Bakal Beri Kenyataan Penuh Dalam Masa Terdekat
Samantha pernah mewakili Malaysia di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Ratu Cantik #Miss Universe Malaysia #Samantha
;