Hiburan
Anda Pengguna Tegar Media Sosial? Wajibkan Diri Untuk Hadir ke IN Festival: Influencers 2018! Gerenti Gempak!
Barisan nama besar dan berpengaruh di media sosial seperti blog, YouTube serta Instagram bakal memeriahkan festival IN Festival: Influencers 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada hari ini dan esok (22 dan 23 September 2018).
IN Festival: Influencer 2018 yang diadakan buat julung kalinya di Malaysia ini akan bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam di Dewan 4 dan Dewan 5 KLCC.
‘Thought leaders’ daripada pelbagai industri seperti Babel Fit, CAFFA, Geek Fam, JOOX, Katoon Network Dance Academy dan Runway Productions, bersama barisan individu berpengaruh di media sosial daripada Malaysia, Korea Selatan, Singapura, Thailand serta banyak lagi akan hadir ke festival ini untuk berkongsi tips mengenai cara untuk menarik perhatian pengguna media sosial dan mengadakan bengkel serta aktiviti demonstrasi secara langsung sepanjang festival berlangsung.
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan ramai selebriti terkenal antarabangsa yang famous di media sosial seperti Jung Mansu atau lebih dikenali sebagai Banzz dari Korea Selatan, koreografer berbakat dari 1Million Dance Studio, Mina Myoung (yang mereka tarian untuk selebriti K-pop terkemuka seperti Sunmi, Jessi, TWICE, Jay Park) dan ramai lagi.
Selain itu, temui Chaleeda Gilbert, Hisyam Hamid, Ara Johari, Harvinth Skin, PONGPONG, Hazeman Huzir, Geraldine Gan dan ramai lagi!
Pengunjung IN Festival: Influencers 2018 berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik dan menonton persembahan secara langsung.
Antara aktiviti yang menanti pengunjung adalah bengkel media sosial dan penghasilan kandungan oleh IGNITE; demonstrasi secara langsung dan bengkel membuat kopi oleh penganjur festival seni kopi terbesar di Malaysia, CAFFA; demonstrasi kecergasan oleh gimansium mewah, Babel Fit; pertunjukkan fesyen dan sesi perkongsian oleh Runway Productions by Catwalk Guru; pertandingan permainan video dan sesi beramah mesra oleh Geek Fam; bengkel tarian dan persembahan oleh Katoon Network Dance Academy serta peluang bertemu individu berpengaruh dalam bidang kecantikkan di Get It Beauty Booth.
Selain itu, pengunjung juga boleh berhibur dengan menikmati konsert Tremendous JOOX Live Concert pada 22 September jam 7.30 malam yang menampilkan Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow, Akim and The Majistret, Farisha Irish, Uriah See, Ismail Izzani, Aizat Amdan dan Aziz Harun.
Istimewanya, kemasukan adalah percuma! Orang ramai yang berminat untuk menghadiri festival ini perlu mendaftar terlebih dahulu di www.infestival.com.my.
Bagi pengguna Digi, ada berita baik untuk anda! Cuma daftar sahaja di MyDigi app untuk pas masuk melalui Digi Exclusive Lane.
Paling best, pelanggan Digi boleh mengikuti serta menonton video social media influencer kegemaran anda menerusi Facebook, Instagram atau YouTube tanpa had sepanjang hari dengan Digi Prepaid Internet Cili Padi dengan harga RM1 sahaja! Gempak beb!
IN Festival: Influencers 2018 diinspirasikan oleh Astro, Digi, tvN, Nuffnang dan Rocketfuel Entertainment. Untuk maklumat lanjut mengenai IN Festival: Influencers 2018, sila layari www.infestival.com.my atau di laman Facebook menerusi www.facebook.com/infestivalMY.