Hiburan

Anda Sakit Kepala? Makan Aiskrim Je Sebab Now Ada Perisa Paracetamol!

Hanafis Haris
27/12/2019
10:07 MYT
Sponsor Banner
Anda Sakit Kepala? Makan Aiskrim Je Sebab Now Ada Perisa Paracetamol!
Pernahkah anda terfikir untuk menikmati makanan yang mempunyai perisa ubat-ubatan? Mesti tidak bukan?
Namunm itulah realitinya di Indonesia apabila satu perisa paracetamol dihasilkan menerusi menu pencuci mulut kegemaran ramai iaitu aiskrim.
Kewujudan perisa aneh itu viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen negara republik itu.
Ada yang teruja untuk mencuba perisa baru itu dan tidak kurang juga yang mengecam penjualan aiskrim tersebut.
Malah, ramai juga di Twitter berpendapat aiskrim itu berasa agak pahit, sama seperti rasa ubat-ubatan.
Anda boleh lihat antara reaksi menarik mereka di bawah.
Persoalannya, adakah anda juga teruja jika perisa ini hadir di Malaysia?
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar