Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Anda Seperti Tiada Perasaan" - Elyana Tak Izin Ejen Insurans Guna Gambar & Video Peribadinya!

Amri Hassan 08/10/2021 | 09:20 MYT
Penyanyi Elyana terkilan apabila ada dalam kalangan penjual ejen insurans yang mengambil kesempatan atas nasib yang menimpanya untuk dijadikan produk pemasaran.
Kata Elyana, dia tidak mengizinkan mana-mana ejen insurans yang memanipulasi dan mengaut untung menggunakan visual peribadinya.
"Kepada semua ejen insurans yang mengambil kesempatan atas kesulitan saya, dengan menggunakan setiap video dan gambar saya tanpa meminta izin, saya tidak izinkan sama sekali.
"Anda semua seperti tiada perasaan," tegasnya.
Elyana bakal memulakan sesi kemoterapi kedua pada hari ini dan akan meneruskan rawatan susulan seperti biasa.
Berkongsi kepada Kosmo!, Elyana memaklumkan dia perlu mengambil ubat khas antibodi berharga RM50,000 sebanyak lima kali mengikut jadual yang ditetapkan doktor.
Bagaimanapun, dia masih bergelut dengan kekangan sumber kewangan untuk menampung jumlah kos terbabit.
Terdahulu, Elyana meluahkan kerisauan mengenai kos sesi kedua rawatan kemoterapi yang menelan belanja hingga RM250,000 bagi keseluruhan lima sesi bermula hari ini.
Elyana sebelum ini pernah mendedahkan tentang penyakit kanser limfoma tahap empat menerusi siaran langsung konsert Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.
#Penyanyi #Elyana #Kanser #Gambar #Video #Insurans #Ejen #Kemoterapi
;