UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Andika Kongsi OOTD Old Money, Netizen Pelik Kenapa Gigih Nak Sorok Wajah Isteri - “Takut Penyakit…”

Umirah Halim 17/01/2025 | 07:55 MYT

Nama personaliti media sosial sensasi, Andika Putera bukanlah sesuatu yang asing lagi di media sosial kerana tindak-tanduknya sering menjadi bualan netizen.

Terbaharu, Andika memuat naik video ‘outfit of the day’ (OOTD) bertemakan ‘pasangan’ bersama isteri baharunya di TikTok.

undefined

Sorok wajah isteri

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah apabila wajah isteri Andika tidak didedahkan dalam video singkat tersebut.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya mengapa isteri kepada ‘influencer’ berkenaan memalingkan wajahnya dari kamera.

“Dah kenapa peluk-peluk alih belakang muka?”

“Isteri takut kena penyakit ain ke?”

“Awak pandang sini, semua dah kenal awak.”

Sekadar info, Andika baru-baru ini menamatkan zaman duda selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihan hatinya.

Terdahulu, Andika pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial Ananda Natasha namun mereka bercerai selepas empat tahun. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Alisha Puteri.

BERITA TRENDING: “Terima Kasih Cinta” - Kongsi Video Majlis Akad Nikah, Andika Putera Kembali Bergelar Suami?

BERITA TRENDING: Andika Putera Turun 23 Kg, Tegangkan Kulit & Serlahkan Jawline - "Insya-Allah Wajah Akan Kelihatan Seperti Gaya Old Money"

BERITA TRENDING: “Aku Join Sebab Duit, Dia Bagi RM100…” - Ahli Kelab Old Money Dakwa Dibayar Andika Putera

BERITA TRENDING: Serangan 'Virus Botak' Cetus Kebimbangan

#Isteri #OOTD #Andika #Sorok #Old Money
;