Viral
Andika Putera Turun 23 Kg, Tegangkan Kulit & Serlahkan Jawline - "Insya-Allah Wajah Akan Kelihatan Seperti Gaya Old Money"
Pempengaruh, Andika Putera, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video dirinya menjalani rawatan wajah.
Tindakan tersebut bagaimanapun mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan dia melakukan perubahan untuk kelihatan lebih menarik.
Menurut Andika, rawatan High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) yang dijalaninya bukan bertujuan untuk mengubah wajah, tetapi hanya untuk menegangkan kulit dan menyerlahkan garis rahang (jawline).
“Ramai yang bertanya bagaimana saya mendapatkan jawline. Sebenarnya, saya menjalani rawatan di Vouge Clinic. Saya buat HIFU kerana rawatan ini tidak memerlukan sebarang suntikan.
“Muka saya semakin lama semakin terbentuk. Salah satu cara saya mendapatkannya ialah dengan mengurangkan berat badan. Yang kedua, melalui rawatan HIFU,” katanya menerusi video di Instagram.
Tambahnya lagi, rawatan ini merupakan pilihannya untuk mendapatkan penampilan ‘Old Money’ yang kini semakin diminati ramai.
Dalam video sama, Andika turut berkongsi langkah pertama yang perlu dilalui sebelum memulakan rawatan seterusnya.
“Langkah pertama ialah memakai numb cream selama 20 minit. Selepas itu, rawatan ini akan menggunakan teknik seperti torehan, tetapi bukan benar-benar menoreh.
“Insya-Allah, wajah kita akan kelihatan seperti gaya Old Money,” jelasnya.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan Andika bahawa rawatan wajah itu mampu memberikan penampilan seperti Old Money.
Namun, segelintir netizen turut mempertikaikan tindakannya yang didakwa cuba mengubah ciptaan Tuhan. Andika membalas dia tidak mengubah wajahnya, sebaliknya hanya menjalani rawatan untuk menegangkan kulit sahaja.
Antara komen yang ditinggalkan:
Must-Watch Video