Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Android vs iOS, 'Perang' Yang Tiada Kesudahan...Tapi Adakah Benar iOS Suka Ciplak?

Hanafis Haris 24/06/2020 | 14:30 MYT
Taksub? Defensive? Sifat ingin menang atau sukar terima kekurangan?
Mungkin ini antara sifat sesetengah pengguna telefon pintar yang terlalu agungkan sistem operasi atau jenama yang mereka guna.

via GIPHY

Ironinya, 'perang' antara pengguna Android dan iOS ini bukanlah isu baru.
Walaubagaimanapun, kekecohan antara dua sistem operasi ata OS ini kembali tercetus sebaik Apple mengumumkan iOS14 mereka semalam.
Punca utamanya sudah tentulah penggunaan 'widget' yang didakwa terlebih dahulu digunakan pada sistem operasi Android.
Selama ini widget telah menjadi kekuatan utama Android, malah ia juga merupakan faktor utama pengguna untuk kekal setia bersama sistem operasi berkenaan.
Hal ini menyebabkan ramai pengguna di media sosial seakan 'bertekak' dan memerli sesama sendiri.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang mengatakan Apple meniru Google dan sebaliknya.

Jadi betul ke? Ini antara beberapa fungsi utama yang dikatakan iOS meniru Android.

#1 Widget

Widget adalah satu komponen antara muka yang berfungsi untuk sesebuah aplikasi.
Android mempunyai fungsi ini sejak ia mula dihasilkan lagi. Oleh demikian, widget pada Andoid boleh disifatkan lebih matang.
Fungsi ini membolehkan pengguna menyusun atur 'homescreen' mereka.
Kini ia muncul pada iOS14, maka secara tidak langsung ia menguatkan lagi dakwaan ramai mengatakan Apple meniru Android.

#2 Picture-in-Picture

Fungsi ini bakal diperkenalkan menerusi iOS14, namun ia sebenarnya telah dikeluarkan oleh Google menerusi Android 8.0 pada 2017.
Fungsi ini membolehkan pengguna menonton video walaupun sedang menggunakan aplikasi lain.

#3 App Clips

Fungsi ini membolehkan orang ramai menggunakan aplikasi mini tanpa memasang atau 'install' aplikasi yang besar.
Saiznya lebih kecil daripada 10MB.
Namun, fungsi ini telah diperkenalkan pada 4 tahun lepas oleh Android.

#4 Translate App

Kedengaran seperti Google Translate bukan? iOS 14 telah memperkenalkan aplikasi 'translate' yang kini menyokong 11 bahasa.
Apapun, ini hanya segelintir saja, anda boleh lihat fungsi penuh iOS14 yang didakwa meniru Android di sini.

Tapi Takkan Android Tak Tiru iOS Langsung?

Melihat senarai iOS14 tadi mesti pengguna Android sedang bersorak, namun tunggu dulu kerana sistem operasi itu juga pernah dikaitkan dengan isu tiru meniru.
Ini antara yang fungsi Android 10 yang mirip kepada iOS.

#1 Gesture Navigation

Fungsi ini mula dikeluarkan menerusi Android Pie namun ia telah dikritik kerana dihasilkan seperti 'separuh masak'.
Fungsi tersebut kemudian dinaik taraf menerusi Android 10, namun gerakan antaramuka tersebut dikatakan mirip iPhone.

#2 Wi-Fi Password Sharing

Fungsi ini tidaklah digunakan oleh ramai pihak, namun bagi sesetengah pengguna ia memudahkan.
Walaubagaimanapun, fungsi ini terlebih dahulu 'mendarat' di iOS.

#3 Sokongan e-SIM
Ada yang menggunakan eSIM? Salah satu kaedah sim kad yang terbina secara terus di dalam telefon pintar.
Fungsi eSIM juga memudahkan pengguna bertukar telco tanpa menggunakan sebarang kad lama.
eSIM ini pernah dikeluarkan Android menerusi Pixel 2 namun ia terhad kepada project FI, namun melalui Android 10 eSIM dapat digunakan secara menyeluruh.
Ini sebahagian saja, ada banyak lagi fungsi lain yang diambil dari iOS seperti 'location permission', 'screenshot interface' dan lain-lain.

Jadi Adakah Tiru Meniru Ini Salah?

Bagi penulis, menghasilkan fungsi hampir sama telah menjadi lumrah dalam dunia teknologi.
Bukan saja membabitkan sistem operasi, malah reka bentuk pun antara mangsa kes tiru meniru ini.
Lihat saja, bagaimana rekaan iphone dan airpods yang kini ditiru oleh sebahagian jenama besar.
Bagi penulis tidak kiralah sistem operasi mana, semuanya berbalik kepada citarasa masing-masing.
Jika anda suka yang 'straight foward' maka pilihlah iOS, namun jika anda seorang yang teknikal dan gemar menyusun atur maka Android adalah pilihan terbaik.

via GIPHY

Bagi penulis iOS adalah sistem operasi yang 'reliable' kerana ekosistemnya.
Namun, Android juga semakin matang, tiada Android maka golongan yang kurang berkemampuan tidak dapatlah menggunakan telefon pintar.
Ini kerana dengan Android, telefon pintar boleh dibeli dengan harga serendah RM150.
Apapun jadilah pengguna teknologi yang matang!
;